Skip to main content

Cuti-Cuti Bajet di Genting Highlands (Bahagian 2)

Al-kisahnya nak sangat kenal Genting kan, haa merasalah pengalaman lenguh-lenguh kaki menapak sebab besar sangat kawasan dalam bangunan Resort Worlds tu yang korang boleh teroka. Sekadar nak cuci mata atau perabis wang ringgit. Haa, tepuk dada tanya bajet. Hihi.

Selepas Isyak, kami turun kembali ke Skytropolis. Sambung cuci mata gitu. Tapi sebab jam pun dah hampir ke angka 10 malam, banyak restoran, kedai serta tempat hiburan mula tutup. Angin kat luar memang sejuk sangat, gigil jugalah kalau tak pakai sweater. Tapi bila dok dalam bangunan, tak terasa apa pun. Berpeluh tak, sejuk pun tak. Tak ada tempat nak dituju kami pun balik ke bilik dan tidur dengan nyenyaknya. Bilik berkipas aje, takde aircond. Tapi, dingin terasa sampai ke pagi :D

 



 
Paginya kami segera sarapan dan bersiap untuk kembali ke Skytropolis. Dah alang-alang sampai, bagi jugalah budak-budak ni merasa sorang satu ride (tiket RM11/ride). Kami putuskan untuk terus check-out sebab malas nak patah balik ke bilik. Boleh bayang tak masa tu jam baru pukul 10, lif pula ada 8 atau 10 biji (tak ingat dah), tapi lama sangat kena tunggu. Hairan juga kenapa sebab semalam elok aje kami naik turun lif. Sekali pintu lif terbuka melopong kami tengok ramai orang kat dalam. Tapi, dah celuih kami masuk ajelah. Haha tapi lagi teruk jadinya. Lif tu berhenti di setiap tingkat sebab semua orang dok tekan nak masuk lif, dengan kami kat dalam ni dah macam rupa sardin sorang-sorang. Ziyadh siap nangis dan terpaksa ayahnya dukung sebab dia rasa tak selesa.

Elok sampai ke tingkat bawah, semua orang berjalan bertempiaran laju keluar lif. Mula-mula Ijah konfius tau. Dah kenapa dan apa yang berlaku sebenarnya? Owh, rupa-rupanya semua berebut nak check-out sebelum jam 11 pagi! Pakat beratur depan kiosk nak cucuk kad kunci bilik masing-masing. Ijah tak pasti kalau check-out lambat kena denda ke tak, tapi memang dok telan air liur je menahan diri daripada gelak. Tak pernah kot merasa pengalaman macam ni. Haha. 

Kad kunci dah selamat masuk mesin, maka kami pun bergegas ke Skytropolis. Ziyadh dah ngamuk dari semalam nak naik kereta, tapi awang kenit ni tak cukup tinggi. Tak dapatlah dia naik ride yang dia mahukan, si kakak aje sengih sampai telinga dapat naik sesorang. Kesian pula. Huhu. Dah merasa sorang satu ride, segeralah kami ke SkyAwana. Agaknya bukan waktu kemuncak hari ini, kami naik kereta kabel hanya ditemani pasangan Cina.



Untuk pengetahuan bagi yang belum pernah ke sini lagi, bangunan Hentian Bas Awana ni bersambung dengan Genting Highlands Premium Outlets. Jadi, sambil nak menunggu masuk waktu Zohor kami bersantai dahulu di sini. Banyak sangat kemudahan yang ada. Restoran, kedai, tandas dan taman mainan mini untuk kanak-kanak.


Dah siap solat, kami terus bergerak ke hentian bas di tingkat bawah. Bas lewat beberapa minit, mungkin sangkut jammed ke apa kan. Dalam 45 minit perjalanan kami dah sampai di KL Sentral. Perut berkeroncong kami isi dulu dengan Nasi Ayam Penyet. Fuh, nikmatnya dapat makan nasi! Hihi.

Hilangkan penat dengan lolipop sebelum mata terkatup rapat..huhu

Ini sahaja yang dapat Ijah kongsi pengalaman berada di tanah tinggi Genting Highlands. Moga sedikit sebanyak dapat membantu perancangan percutian awak semua. Selamat cuti-cuti Malaysia! ;)

Baca bahagian 1 di sini: 
https://raudhahdihati.blogspot.com/2019/04/cuti-cuti-bajet-di-genting-highlands.html

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...