Skip to main content

Cuti-cuti Bukit Fraser :)


Assalamualaikum..

Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding dengan tempat ni..hihi.. Tapi kalau nak yang lebih sejuk boleh la ke Cameron Highlands..(erk 2 tahun lepas Cameron Highlands sejuk lagi, sekarang tak pasti la ye..) 

Ok..Back to vacation, bagi sesiapa yang teringin nak berkunjung ke Fraser Hills boleh je drive through atau booking mana2 hotel atau banglo coz kat sini memang ada banyak tempat untuk menginap. Boleh tanya En. Google agaknya..hihi (dari pemerhatian masa dok sini memang banyak la tempatnya). So, macam biasa saya akan update tawaran2 yang mantop kat Groupon dan luckily dapat la booking untuk 2 days 1 night di Ye Olde Smokehouse dengan harga just RM200 with welcome drinks & free breakfast. Weee..tercapai juga hasrat nak merasa tinggal di rumah ala2 British ni.

Cantik kan?? Wee..hihi

Si kecik yang teruja dapat baby coat..Al maklum umi n ayah tak belikan..tergolek atas NARITA je kat umah..

Ada beberapa lokasi yang dapat kami terjah di sini (ahaha..BEBERAPA.. tak banyak pun tu..) Tapi memadailah untuk percutian pendek & paling penting inilah masa berharga untuk bersama keluarga tersayang..iye doq?? Berikut gambar sebagai panduan untuk sesiapa yang berminat untuk bercuti di Fraser Hills:

Destinasi pertama: Tasik Allan


Aktiviti 1: Bagi ikan makan. Ikan besaq2, mulut si keli sebasar penumbuk saya, gerun tengok. Tapi seronok gak la melayan depa makan.

Kos makanan ikan: RM1/paket


Aktiviti 2: Kayuh bot air..unfortunately, atas sebab keselamatan kanak2 yang nak naik bot perlu diukur ketinggian untuk dipakaikan jaket keselamatan seperti orang dewasa pakai. Jadi disebabkan baby dalam gambar tak cukup ketinggian, tak dapat la kami nak pusing tasik..Wuu Wuu..

Kos: Erk..kalau tak salah tengok RM8/pusingan

Aktiviti 3: Lupa nak snap pic..hihi. Pengunjung boleh main bola atas air. Alaa..yang selalu keluar dlm tv, orang masuk dalam bola..lepas tu golek2 sampai penat dlm big giant ball tu..haa kan?? Ingat? Price..lupa pula nak tengok..sorry ;)

Destinasi kedua: Air Terjun Jeriau

Nak sampai ke sini cabarannya boleh tahan..as usual jalan agak berliku & lokasinya agak ke dalam sikit. Dah sampai gate "selamat datang" rupanya kena jalan masuk ke dalam 10-15 minit untuk sampai ke tempat mandi-manda. View cantik & bersih. Sayangnya ada runtuhan tanah & pokok tumbang yang block half perjalanan kami, jadi singgah tepi anak sungai..airnya tak dalam pun tapi sangat sejuk & menyegarkan..Husband tak puas hati tak dapat menyelam, tapi baby dah terjerit-jerit kesejukan..haha..Gambar tak letak ek, privacy sikit...PEACE YO!!

Destinasi ke3: The Paddock..most favorite place kat Fraser Hills la nih.. ;D


Aktiviti pertama: Menunggang kuda..yeahaa!! Kita yg tak berkemampuan utk join kelab kuda kat bandar semestinya rembat peluang ni untuk berkuda kan?? Cuba, jangan tak cuba..mula2 takut juga. tapi bila dah dok ats dia..fulamak macam heroin Hindustan..ngeh3.. :p

Kos: RM8/dewasa, RM10/dewasa & kanak2 (harga utk kanak2 sahaja lupa..ayokk sorry)


Aktiviti kedua: Memanah..haa peluang keemasan ni..bukan senang nak dapat. Uiii seronok, gian nak memanah lagi..nak letak gambo sendiri malu plak, letak en hubby punya gambo la..hui3..

Kos: RM10/10 anak panah


Destinasi keempat: Pekan Fraser Hills..tinjau2 bangunan lama yg masih terpelihara..cari souvenirs & so on.

Gambar kat menara jam mesti 1 kepastian..hihi

Bergambar dengan abg kakak dulu sebelum pulang^^

Bye2 Bukit Fraser

Lima tahun lepas saya datang ke sini, jalan naik dan turun Bukit Fraser masih laluan yang sama. Dahulu ditetapkan jam berapa kereta boleh turun dari Bukit Fraser untuk bergilir pula dengan kenderaan yang nak naik ke atas sana..Cepatnya masa berlalu, rupanya sekarang jalan naik & turun dari Bukit Fraser dah kena ikut laluan yang berbeza..Kos makan agak mahal la, nasi goreng pattaya yg saya order pun RM8.50..haha. Nak bercuti kena la sedia budget secukupnya..dan perlu terima apa yang tak boleh dijangka..hihi.


Owh..ini destinasi terakhir kami sebelum pulang ke kota. Semasa naik/turun dari Bukit Fraser, anda akan melalui Air Terjun Sg. Chiling (bagi pengunjung dari/menuju KL SAHAJA)..Yang ni memang syok untuk pencinta air terjun, khususnya dewasalah sebab kawasan airnya banyak yang dalam dan saya perhatikan arus agak deras. Macam biasa saya & baby kerja rendam kaki je..wah memang sejuk, kalau dapat mandi memang seronok, tapi dah perempuan memang terbatas la kan..so en hubby memang puas hati, dia terjun, lompat, berenang macam ikan sorang2 dengan senyuman sampai telinga..sampai dia penat..

Mostly pengunjung di sini saya tengok lelaki..mungkin adventerous buat depa..hihi..

Ok lah..sekian memori dari Fraser Hills.





 

Comments

  1. bukit fraser ni best utk tenangkan fikiran

    ReplyDelete
  2. Salam..nak tanya ok tak stay kat ye olde smokehouse tu.duduk bilik.jenis mana satu.ya..tq..:)

    ReplyDelete
  3. Salam..nak tanya ok tak stay kat ye olde smokehouse tu.duduk bilik.jenis mana satu.ya..tq..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sis..lama tak update..smokehouse tu kami pilih yg standard suite..biliknya selesa utk psangan ank tak ramai cuma agak bosan sbb x ada tv..kena kluar jln2..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...