Assalamualaikum semua. Kali ini Ijah nak kongsikan sedikit pengalaman percutian bajet di Genting Highlands. Alhamdulillah, rezeki contest daripada Nestle dapatlah Ijah bawa satu keluarga mini kami bercuti 2 hari 1 malam di pusat pelancongan tersohor ini. Teruja juga sebab dah lama teringin nak tengok apa yang gah sangat dengan Genting. Tak sangka berjaya juga tinggalkan jejak, hihi :D
Rezeki contest, alhamdulillah :)
Ok, dah nama percutian bajet kan. Lepas berbincang dengan en suami, kami sepakat untuk ke Genting dengan hanya menaiki pengangkutan awam. Dapatlah penuhi keinginan serta bagi pengalaman baru untuk Aminah dan Ziyadh. Haa makan bulan juga Ijah dok survey dan google macam mana nak ke Genting. Berapa bajet kos pengangkutan. Bab makan pula dari awal kami putuskan untuk backpack sahaja roti+biskut+maggi+air etc. Dah memang konfem harga makan minum di Genting double, triple. Ada 4 perut pula nak diisi, maka boleh bayangkan la berapa kos makannya kalau kami tak backpack. Tapi, kalau korang cukup bajet bolehlah nak cuba pelbagai restoran mewah di atas sana.
Seterusnya adalah itenari perjalanan kami ke Genting Highlands.
Dari BSP (rumah) ke stesen LRT Putra Heights (parking kereta RM3/malam). Di sini, kami ambil tiket untuk ke LRT KL Sentral (tiket LRT RM4.10/orang, kanak-kanak tak perlu tiket). Perjalanan ambil masa dalam sejam.
Muka-muka teruja dapat naik kereta api (LRT)
Sampai sahaja di stesen LRT KL Sentral, kami bergegas cari kaunter milik Resort World Tours untuk beli tiket bas pula. Uihh, beratur juga la nak dapatkan tiket walau jadual perjalanan bas naik ke Genting selang satu jam. Terbukti ramai pelancong tempatan, mahupun luar negara tak putus-putus naik ke sana! Walau sampai di sini jam 12 tengah hari, tapi kami terpaksa ambil tiket jam 2 petang sebab tiket dah habis dijual. Kalau korang jenis stick to the plan dan tak suka menunggu, bolehlah beli tiket lebih awal. Nak beli tiket sehala boleh, nak beli tiket pergi dan balik pun boleh. Cuma kena pastikan sedara sedari dapat urus masa dengan baik supaya tak tertinggal bas, okey?
Jadual perjalanan bas, stesen mana nak naik atau turun dan berapa harga tiket boleh tengok di link ini ye
Harga tiket bas cukup murah tau. Contoh, bas kami dari KL Sentral ke Hentian Bas Awana cuma RM4.90 untuk dewasa dan RM3.70 untuk kanak-kanak umur 3 tahun dan ke atas. Di kaunter ini juga kita boleh beli terus tiket kereta kabel Awana Skyway iaitu RM9 untuk dewasa dan kanak-kanak yang tingginya 90cm dan ke atas.
Tiket bas
Tiket bas
Sebaik sahaja sampai di Hentian Bas Awana, kami terus ke tingkat atas untuk naik kereta kabel. Peringatan untuk pengguna kereta kabel, pastikan beg anda saiz backpack kecil sahaja tau. Kalau oversize, anda diberi pilihan sama ada nak tinggalkan beg di kaunter beg atau bayar denda. Ijah memang siap sedia awal-awal sumbat apa yang perlu sahaja dalam beg, paling penting makanan dan minuman tu :D
Aminah masih mood teruja, Ziyadh takut-takut sikit..hihi
Aminah masih mood teruja, Ziyadh takut-takut sikit..hihi
Dah naik kereta kabel memang seronok sangat. Tapi, gayat pun hado. Kereta kabel ini akan bergerak perlahan bila sampai di Stesen Chin Swee Caves Temple untuk bagi peluang pelancong turun atau naik. Ijah sekeluarga turun sekejap untuk menikmati pemandangan di sini. Wah, mengejutkan sebab banyak sangat eskalator kami kena guna sebelum sampai ke tokong Chin Swee! Tapi, pada masa yang sama udara sejuk terasa mencucuk tulang. Wah, inilah Genting rupanya! Hihi. Bila sampai di kawasan tokong Chin Swee pula eh tetiba fefeeling macam berada di set perfileman cerita Cina. Cantik dan unik seni binanya. Kalau rasa penat, jangan risau sebab ada kedai-kedai kecil sedia menjual makanan dan minuman untuk anda ;)
Eskalator..eskalator
Dah habis cuci mata kami panjat eskalator semula untuk naik kereta kabel. Tak perlu tunggu lama pun. Elok kita sampai, dah muncul kereta kabel kosong. Haa segeralah masuk!
Akhirnya, sampailah kami di Resort World Genting dengan hanya menaiki kereta kabel Awana Skyway tanpa pening-pening lalat. Tapi masya-Allah, ramai sangat orang! Buntang biji mata. Laagi membuntang bila tengok warna-warni pertunjukan SkySymphony di depan mata. Nak cari hotel untuk kami check-in, tapi kaki dah terlangkah masuk ke Skytropolis pusat hiburan satu keluarga. Mulut melopong tak yah cakap, kepala konfem dongak kat atas aje tengok macam-macam rides ada.
Tengok apa tu??
Tengok apa tu??
Baru sedar Zohornya belum lagi, cepat-cepat kami cari arah nak ke hotel. Tapi, haru biru jadinya. Kami tak nampak mana pintu masuk hotel sebab ramai sangat pelancong nak check-in, dan kebetulan pula ada konvensyen diadakan pada hari itu. Haishh, bukan main kami rancang pergi hari biasa aje sebab kekonon fikir takde orang. Hakikatnya, jauh panggang dari api. Ramai sangat-sangat manusia walau pada hari biasa! Nak check-in pun bermasalah juga sebab kita perlu self check-in di kiosk layan diri. Kiosknya sebijik lebih kurang sama macam mesin ATM, hihi. Kiosk dah banyak, tapi gerombolan manusia lagi banyak. Jadi, ambil masa jugalah untuk Ijah dapatkan kad kunci bilik.
Dan, akhirnya dapat juga landing di tilam empuk First World Hotel!! Tapi sebelum mendarat lenguh jugalah kaki melangkah sebab hotel ini ada banyak tower. Salah tower memang sesat la jawabnya. Nak buat macam mana, hotel paling banyak bilik di dunia kot!! Sebab tu check-in dan check-out layan diri. Aduyai, memang pengalaman sungguh!
Tu dia punya peace..hadoi!!
Seterusnya Ijah sambung di Bahagian 2 ye :)
https://raudhahdihati.blogspot.com/2019/04/cuti-cuti-bajet-di-genting-highlands_8.html
https://raudhahdihati.blogspot.com/2019/04/cuti-cuti-bajet-di-genting-highlands_8.html
Comments
Post a Comment