Skip to main content

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis 😉
Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana?
Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut:
1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM.
2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM.
4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah.


5. Pengasuh sedia dan pamer menu makanan kanak-kanak & aktiviti yg dijalankan.
6. Pengasuh sedia kemudahan utk keperluan kanak-kanak dan menjaga kebersihan serta keselamatan premis asuhan.
Bila dapat semua maklumat ni, memang Ijah lupakan hasrat utk jadi pengasuh sebab buat masa itu Ijah tak mampu nak sediakan persekitaran yg selesa utk anak-anak asuhan. Mungkin suatu hari nanti kalau ada rezeki, insyaAllah. 😃
JKM sebenarnya dah tetapkan syarat utk asuhan di rumah dan institusi lain demi keselamatan dan keselesaan kanak-kanak asuhan. Cuma mungkin masyarakat kita kurang tahu tentang perkara ini dengan menganggap asuhan di rumah masih sama seperti dahulu.
Jadi ibu bapa, jangan segan-segan utk minta lesen dan sijil kursus asuhan jika pengasuh menjaga lebih 4 orang kanak-kanak. Demi keselamatan anak-anak, tolong cerewet memilih pengasuh atau taska. 💪
Tindakan undang-undang boleh diambil jika mana-mana TASKA (di rumah/komuniti/tempat kerja/institusi) tidak berdaftar atau berdaftar tetapi tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan-Peraturan TASKA (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.
Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin membuat laporan, boleh saja terus hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ini sahaja perkongsian daripada Ijah. Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan utk ibu bapa khususnya. 😉



Comments

  1. Replies
    1. Kalau tak silap saya dlm rm50 je utk pengasuh di rumah. Tapi utk kepastian sis boleh rujuk di laman web jkm ye

      Delete
    2. macam mana cara memohon pngmbilan lesen asuhan di rumah ye?

      Delete
    3. Blh tgk maklumat lanjut di link ini ye https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=b0twWGNVR0N2VjdGV2N0S3JkbjlEZz09

      Borang permohonan pun JKM ada share link

      Moga membantu 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...