Sebelum ni pernah viral kan repellent Daiso utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat Daiso Shah Alam sebab 🐈 kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah.
Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di Daiso. Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah 💪
Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness".
Oren dan Ziyadh
Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je 😂
Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni.
Terdetik di hati nak tengok manual di belakang paket repellent tu. Mak ai! Patut ler. Rupanya tak berkesan untuk kucing kebulur, kucing bunting, kucing rumah atau kucing jalanan abnormal 😪
Jadi, si oren ni gamaknya kategori yg mana ek?
Nota kaki: Kucing memang pembawa rezeki, dan kami takde niat nak menghalau pun. Cuma tak selesa bila depan rumah sentiasa dijamu dengan bau & hidangan yg kurang menyenangkan.
jd solutionnye mcmane klau xmnjd gune cat repellent ni? ada cara lain ke?
ReplyDeleteSy cuba cara lama pula. Isi air berwarna dlm botol mineral & letak depan pintu rumah. Tips org lama ni menjadi, kucing tak berani mai dekat. Tak tahu dari segi teori kenapa kucing takut. Mungkin boleh cuba cara ini pula.
DeleteEmmm...dah 5..6 botol dah susun kat tempat depe lps hajat tp tak jadi
DeleteHaram tak berkesan pun...
ReplyDeleteBetul. Memang tak menjadi. Ntah cane boleh viral
DeleteTabur ubat gegat. Kalau tabur kat kawasan luar. Kena repeat setiap du minggu.
Deleteterima kasih tips :D
Deleteboleh cuba