Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

9 Bulan 10 hari & Seterusnya..??

Perjalanan 9 bulan 10 hari merupakan antara detik paling manis buat wanita terutama dalam menantikan kehadiran anak sulung. Tetapi wanita juga diuji dengan keguguran, kemandulan, lahir tidak cukup bulan, bayi meninggal dalam kandungan dan komplikasi sewaktu mahu bersalin. Bagi wanita yang dipermudahkan segalanya, bersyukurlah dengan anugerah yang telah Allah kurnia. Saya pun sangat bersyukur. Mula preggy masa semester akhir buat Masters..adoii miang sangat nak baby sebab tak tahan tengok anak2 orang comel lote. Al-kisahnya housemate preggy dulu..tu yg jadi miang gatal..haha. Tengah borak2 kisah mengandung & alahan tiba2 teringat."eh, cik abang kat rumah tu asyik demam, siap muntah2, tak pernah pula sakit gitu dia, takkan alahan ngandung?" Dengan nervousnya minta kawan teman pi beli alat pregnant test coz 2, 3 hari lagi ada kem. Cari bala la ngandung2 nak kena buat kerja berat masa kem, kandungan awal2 kan kena jaga baik2. So, dah dapat barangnya bukan nak test,...

Tutorial 1st Time User Pixajoy.com :)

Assalamualaikum.. Seperti dijanjikan, kali ini saya akan berikan sedikit tutorial bagaimana nak menghasilkan album dengan menggunakan laman pixajoy.com. Harap dapat membantu saudara dan saudari yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan pixajoy.com. Sila refer gambar2 yang berkenaan ok? Enjoy!!! ;) 1. Langkah pertama ialah anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru. Pixajoy akan maklumkan jenis album bagi voucher yang diberikan kepada anda (nasib la ye dapat album jenis apa, harap berpuas hati) :) 2. Sahkan pendaftaran di emel anda. Kemudian, klik link yang telah diberikan oleh pixajoy menerusi emel. Anda akan dibawa ke laman pixajoy untuk sign in. 3. Untuk mula membuat projek album di pixajoy, sila klik 'make a book'. 4. Kemudian, pilih jenis buku yang anda ingin buat berdasarkan kategori yang telah disediakan seperti babykids, family, wedding etc (1). Seterusnya, anda perlu memilih saiz buku yang diinginkan (2). Langkah seterusnya ...

Penting Ke All A's Exam?? Kerja?

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..hampir setahun sudah bergelar lepasan pelajar sarjana. Rezeki Allah nak bagi berjaya juga menamatkan pengajian peringkat Masters walau banyak halangan yang mendatang..kui3. Syukur juga sekarang dah jadi pekerja kontrak sebagai pembantu penyelidik di sebuah universiti tempatan. Wuuhuu!! phD?? Opps..hihi..belum mau lagi. Berdasarkan pengalaman selama 26 tahun, SPM dan phD la benda paling tough to face. Hhaha.. SPM dah berlalu, that's why tak sanggup nak buka pintu phD. Tapi kalau at this moment saya masih bujang, ada je keberanian nak ke peringkat phD. Masalah sekarang ada komitmen anak dan suami. Suami bukan halangan sangat, anak la yang utama. "Ehh orang lain ada anak, boleh je buat phD..kenapa awak tak boleh?" 1st, saya nak jaga anak sendiri, tak nak parents jaga; 2nd: waktu kerja suami tak menentu, bukan orang kerajaan, susah la nak manage masa. So, itulah reasons saya untuk belum berniat sambung phD. Ok..back to topic. Pent...

3 Tabiat Buruk Manusia Berhubung Ilmu

Anda tahu tiga jenis tabiat buruk manusia berhubung dengan ilmu. Pertama kali dengar ye?? Jom sama-sama memahami entri kali ini. Pertama : Kedekut ilmu. Kalau ada kawan tak datang kuliah, ada kita call dia tanya kenapa tak datang? Lepas tu ada kita ceritakan apa yang dah kita belajar dalam kuliah kepada dia supaya kawan tu tak ketinggalan? Kalau ADA, anda memang pelajar BERSAHSIAH tinggi. Ilmu itu semakin dikongsi semakin melekat kat ingatan kita. So, tak perlu kedekut. Kongsi!! Lebih seronok kalau kita berjaya pegang scroll bersama kawan2 berbanding sorang2, ye tak?  Kedua : Mencuri ilmu. Haaa..pernah dengar orang curi ilmu tak?? Memandangkan saya bekerja dalam bidang akademik, memang jelas dan nyata perkara ni berlaku. Nak ilmu kena la minta izin dulu, bukan sebarangan boleh ambil. Ingat ye..Tak semua ilmu kita boleh dapat dengan mudah, sesetengahnya kita kena minta izin.. "Why?? Kan itu ilmu Allah bagi..kongsi la".. Yes, boleh kongsi! Tapi dengan keizin...

Woww, Pixajoy.com !!

Assalamualaikum semua..;) Entri kali ni saya nak bercerita tentang Pixajoy.com.. Ahaa pernah dengar tak sape2 bercerita tentang laman web ni?? Hihi..saya pun sebenarnya dengar dari kawan.. Pixajoy.com ni satu laman web yang menawarkan pakej photobook & custom album untuk sesiapa yang berminat nak abadikan kenangan mereka dengan cantik secantiknya dalam album versi abad 21.. Al-maklumlah sekarang zaman IT sudah, gajet bersepah rambang mata nak pilih..Zaman sekarang semua gambar yang dah dirakam semua simpan dalam laptop/handphone..dah tak ada masa nak take picture & pergi kedai cuci gambar, lepas tu nak susun2 pula dalam album bagi cantik..Tu semua kerja budak2 zaman 80-90an ok? (Termasuk la si penulis ni,hui3).. Dengar dari member macam menarik je kan?? Kenangan bersama baby pertama mesti la sangat berharga, jadi petik mouse la buka laman pixajoy.com. Huhu..awal2 terkial-kial juga camne nak tempah album online gini..Dengan berbekalkan semangat ingin menc...

Ulang Tahun Pertama..!!

Alhamdulillah..genap setahun meraikan kehadiran si comel yang membuatkan hidup ni tak pernah sunyi..hihi. Macam mana nak sunyi kalau hari2 asyik berperang kan?? Tapi bila dia sakit..hmm Allah saja tahu betapa rindunya nak tengok kembali senyuman manis dan keletah nakal anak kecil ni. By the way, itulah perasaan seorang ibu..haha. Perasaan seorang ayah?? Adui, sukar nak tafsir. Kaum Adam faham la agaknya. Dah lama tak menconteng blog. Kiranya ni blog baru dengan wajah baru..kikiki. Motif kembali menconteng?? Saja2 nak kongsi apa2 yg boleh dikongsi..tapi kalau tak ada yang sudi menjengah pun tak pe lah. Saya ok aje. Tadaaa..!!! Ni la rupa puteri sulung kesayangan saya. Di mata saya sebagai seorang ibu wajiblah comel, di mata orang luar sana terpulanglah nak nilai apa. Yang penting saya sebagai ibu mestilah sentiasa positif terhadap anak yang telah Allah anugerahkan ini. Raudhatul Aminah binti Iskandar Zulkarnain telah selamat dilahirkan pada 26 Janua...