Skip to main content

Tutorial 1st Time User Pixajoy.com :)


Assalamualaikum..

Seperti dijanjikan, kali ini saya akan berikan sedikit tutorial bagaimana nak menghasilkan album dengan menggunakan laman pixajoy.com. Harap dapat membantu saudara dan saudari yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan pixajoy.com. Sila refer gambar2 yang berkenaan ok? Enjoy!!! ;)

1. Langkah pertama ialah anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru. Pixajoy akan maklumkan jenis album bagi voucher yang diberikan kepada anda (nasib la ye dapat album jenis apa, harap berpuas hati) :)


2. Sahkan pendaftaran di emel anda. Kemudian, klik link yang telah diberikan oleh pixajoy menerusi emel. Anda akan dibawa ke laman pixajoy untuk sign in.


3. Untuk mula membuat projek album di pixajoy, sila klik 'make a book'.


4. Kemudian, pilih jenis buku yang anda ingin buat berdasarkan kategori yang telah disediakan seperti babykids, family, wedding etc (1). Seterusnya, anda perlu memilih saiz buku yang diinginkan (2). Langkah seterusnya ialah pilih design buku yang berkenan di hati (3). Contoh di bawah saya memilih special.


 5. Seperti gambar tertera di bawah, anda boleh buat pilihan sama ada mahu membuat buku tersebut secara online atau offline. Untuk online anda perlu upload gambar, manakala offline anda perlu download buku yang dipilih untuk dimasukkan gambar2 pilihan hati. Namun, untuk tutorial saya buat untuk online sahaja, yang offline tak explore pun. Jadi, maaf bagi sesiapa yang memilih offline method.


6. Setelah klik 'make a book' pada online method, anda akan dibawa ke laman baru dan perlu sign in buat kali ke2.


7. Haa..sekarang boleh la mula buat buku album anda. Mula2 upload gambar sebagaimana di (1). Gambar boleh upload banyak2 terus ok? Kemudian just drag gambar tu ke dalam kotak yang telah disediakan pada setiap pages dalam album. Susunlah gambar pilihan ikut selera anda, hihi.. Pada ruangan kat atas, boleh tengok ada pelbagai fungsi2 lain untuk anda edit gambar. Anda juga boleh masukkan teks. Sila explore la ye fungsi2 butang kat ruang atas stage tu. Saya pun tak guna sangat, guna untuk tambah teks dan rotate gambar. Nak bagi full tutorial tak mampu dengan kekangan masa ni. Harap maaf ye ;)


8. Dah siap masuk semua gambar tekan butang ORDER hijau sebagaimana gambar kat atas.

Kemudian akan keluar pop-up window macam kat bawah ni. Biasanya ini akan berlaku kalau ada pages yang anda tertinggal dan tak masukkan gambar. Boleh klik yang merah untuk semak balik, atau terus tekan hijau untuk langkah seterusnya.


9. Keluar pula pop-up window untuk anda namakan album tersebut. Peringatan: Penamaan album ini hanya untuk nama projek anda, bukan nama pada depan kulit albu..(huhu saya salah faham yang ni, so album yang dicetak tak ada nama..adoii..pengalaman membuat album, hihi)


10. Last but not least, anda boleh lihat summary seperti gambar di bawah. Just klik continue untuk proses pos, pembayaran dan pengesahan tempahan album. 

*Untuk proses terakhir ini, akan ada ruangan untuk anda isikan kod voucher yang diterima semasa pendaftaran pertama/kod voucher yang anda beli. Sila baca dengan teliti supaya tak terlupa masukkan kod tersebut & dapatkan diskaun.


Sekian sahaja. Mohon maaf andai ada yang terkurang.

Selamat mencuba :)


Comments

  1. salam,
    macamana nak atasi masalah 'low quality picture' ?

    ReplyDelete
  2. Salam. Maaf atas kelewatan membalas pertanyaan saudara/ri. Utk pixajoy, jika gambar kurang kualiti automatik tidak diterima untuk diupload. Hanya gambar yg memenuhi pixel ditetapkan sahaja dapat digunakan. Sebab itu kualiti gambar yg dicetak cantik. Harap dpt menjawab pertanyaan saudara/ri. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...