Skip to main content

9 Bulan 10 hari & Seterusnya..??


Perjalanan 9 bulan 10 hari merupakan antara detik paling manis buat wanita terutama dalam menantikan kehadiran anak sulung. Tetapi wanita juga diuji dengan keguguran, kemandulan, lahir tidak cukup bulan, bayi meninggal dalam kandungan dan komplikasi sewaktu mahu bersalin. Bagi wanita yang dipermudahkan segalanya, bersyukurlah dengan anugerah yang telah Allah kurnia.

Saya pun sangat bersyukur. Mula preggy masa semester akhir buat Masters..adoii miang sangat nak baby sebab tak tahan tengok anak2 orang comel lote. Al-kisahnya housemate preggy dulu..tu yg jadi miang gatal..haha. Tengah borak2 kisah mengandung & alahan tiba2 teringat."eh, cik abang kat rumah tu asyik demam, siap muntah2, tak pernah pula sakit gitu dia, takkan alahan ngandung?" Dengan nervousnya minta kawan teman pi beli alat pregnant test coz 2, 3 hari lagi ada kem. Cari bala la ngandung2 nak kena buat kerja berat masa kem, kandungan awal2 kan kena jaga baik2. So, dah dapat barangnya bukan nak test, simpan dulu sehari, esok baru berani  buat..Keputusannya?? 

"eh tak ada line merah pun..ala tak preggy ke?sedih je g moonmadu dgn harapan blh ada baby." Haha..

So, tanpa risaukan apa2 selamba la pergi kem. Pasang khemah, night walk dalam ladang sawit sorang2 (walau horror kena jalan bertemankan cahaya bulan, tabahkan la hati..huhu), treasure hunt berlari sana sini, main kayak sampai terkapai-kapai dalam air (dah tau kita tak boleh berenang, ada suruh berenang pula, memang air cetek..tapi kaki kita ni pendek, tak sentuh dasar pun..huhu) & paling best ialah flying fox dan panjat turun bangunan (pe istilahnya lupa)..Balik dari camping musykil balik "kenapa belum period ni". Kebetulan dah weekend beli sekali lagi alat pregnancy test & balik jumpa cik abang. Dup dap, dup dap..try sekali lagi..

??? 

Tarik tangan cik abang suh bangun tidur pi tengok alat pregnancy test. Dia tanya camne nak baca. "Kalau ada line merah dua pregnant la"..Terus dia hug & cakap "I'm a dad". Kui3..gembira tak terkata. Terus pergi klinik dan doktor sahkan memang mengandung. 

Huh..tapi bila ingat2 balik. Ya Allah, hebatnya kuasa Tuhan. Dia tetap jaga kandungan kecil ni walau pelbagai aktiviti lasak dah saya buat. Bersyukur sangat. Terima kasih Allah. Sepanjang mengandung pun Allah bagi banyak kemudahan. Berkongsi alahan mengandung dengan husband tu la moment paling best masa preggy..merasa juga la cik abang muntah2 time bini ngandung..hihi. Bila kandungan masuk 4 bulan baru saya mula ada alahan. Kebetulan bulan puasa, walaupun muntah2, Allah tetap bagi keringanan dan kekuatan untuk saya sempurnakan latihan mengajar. Alahannya pun tak lama, dalam 2 - 3 minggu sahaja dengan muntah & loya ringan. Minyak angin cap kapak memang benda wajib bawa. Rasa berat je atas leher cepat2 sapu. Masa tu paling tak suka bau makann goreng2 di kantin, memang tak jengah masuk, kecuali bila lapar sangat..tu pun beli susu dan roti.

Baby bila scan malu nak tunjuk jantina, asyik tutup ngan kaki..sebulan nak  due baru tahu baby girl rupanya..Bila doktor scan bahagian kepala laju cik abang tu cakap "Hidung macam mak dia". Adehh tau la hidung ambo tak mancung, tapi doa umi "Moga hidung kakak bertambah mancung ye." Mula2 macam terkilan juga sikit sebab teringin baby boy untuk anak sulung, tapi sebaik dia keluar dari perut ni..Aduhh.. "girl pun tak pe, umi sayang kakak selamanya." Syahdu mehh..Walau badan penat tapi tak tidur pun lepas bersalin sebab teruja sangat dapat baby, asyik nak peluk je..Bau baby tu, Ya Allah..harumnya..

Mungkin sebab keinginan untuk baby boy tu ada masa pregnant, bila bawa baby untuk pemeriksaan mesti orang cakap anak saya baby boy. Jadi, ibu2 jangan la jadi macam saya. Kesian kat anak ni. Hhuhu..

Tapi betullah petua kawan2. Nak anak girl perlu makan buah, nak anak boy kena makan seafood. Masa pregnant memang saya banyak pulun buah..epal, pisang, anggur.. Amalkan juga makanan sunnah iaitu susu kambing, buah delima, pati delima dan madu. Kadang2 kismis. Kurma masa awal2 tempoh kandungan boleh makan, tapi tak tahu kenapa bila tengah2 tempoh kandungan rasa tak boleh telan. Pelik.. ;(

Di hujung tempoh kandungan  mula rasa sakit bontot kalau duduk lama atas kerusi & start sakit nak bangkit dari baringan (pegang kepala katil nak bangun tidur)..kaki bengkak biasa2 je, tak ada gemuk sangat.

Alahan terhadap makanan pula banyak berlaku di tengah2 tempoh kandungan juga. Telur, ayam dan minyak...huurrr telur bukan setakat tak boleh makan, tengok pun rasa mual. Ayam boleh la sikit2 makan, tapi selalunya dielakkan sebab rasa muak. Makanan yang berminyak memang tak nak sentuh.

Due saya seminggu selepas tamat peperiksaan akhir, tapi masa minggu ulang kaji ramai yang dah tegur "rahim dah turun, tak lama dah nak bersalin tu"..Macam mana tak cepat turun rahim kalau hari2 asyik berjalan..sakit bontot dok lama atas kerusi wat assignment (dah alas bantal, sakit jugak ;(  bangun kejap pusing jalan dalam rumah, menyibuk jenguk member tanya wat apa. Depa pula yang risaukan kita sebab kuat berjalan. Suruh duduk je, kita pula bosan, huhu..

Tapi bila dah sedar diri rahim tu dah turun, start la takot & risau sebab exam esok lusa, husband pula jauh kat Selangor sana..Tiap kali habis sembahyang memang minta Allah permudahkan supaya dapat bersalin di sisi suami, bukan kat tempat jauh ni. Alhamdulillah, Allah memang Maha Mendengar..Lepas habis exam cepat2 balik Selangor & buat preparation untuk bersalin. Due awal bulan 2, tapi hati dok berangan juga "kalau bersalin sama date ngan birthday aku kan best juga." Tapi perancangan Allah sangat baik, Dia bagi kesempatan untuk saya meraikan hari jadi dulu..sempat balun kek coklat Secret Recipe yg kononnya suprise dari husband. Al-kisahnya husband dah terkantoi tapi sebagai tanda menghargai, saya buat2 tak nampak & buat2 suprise. Jaga hati suami ye, adik2 kakak2.

Malam Ahad tengok husband lena tidur, saya pula terganggu sebab rasa sakit sekejap2 di bahagian pinggang. Teringat pesan doktor "Kalau rasa ada kontraksi selang 5 minit datang hospital ye." Huh?? Kontraksi pun saya tak tahu macam mana rasanya. Main agak2 saya pun menganggap sakit tu adalah kontraksi. "Hmm bukan selang 5 minit, tidur je la."

Paginya, sakit kat pinggang jadi lebih kerap. Bila tengok timing kat hp, memang betul sakitnya datang setiap 5 minit. Mak sebelum ni dah bising, dok KL sorang2 nak bersalin tak ada orang tengokkan. Alhamdulillah hari Ahad, mestilah en. suami ada. Lepas dah confirm saya beritahu dia tentang kesakitan tu. Dia suruh call hospital & nurse suruh kami pergi hospital untuk check.

 Barang2 anak dan bersalin dah pack siap2 dalam kereta. Sebelum pergi hospital makan dulu kat kedai, tapi tak selera sangat..makan nasi putih je sekadar nak ambil tenaga pasal kakak pesan suruh wat gitu. Husband pula muka pucat+panik. Jadi kita yang sakit ni bertindaklah sebaliknya. Pesan bawa kereta perlahan, tak payah risau, buat lawak hiburkan hati dia supaya tak panik (walaupun sebenarnya sakit)..Sampai je hospital pergi jumpa nurse & masuk bilik pemeriksaan. Entah alat apa yang nurse keluarkan letak kat perut, macam dok kira denyutan jantung baby je. Nurse tinggalkan saya sorang2 dalam 15 minit..dengar la bunyi mesin tu sambil tahan sakit. Cukup masa nurse datang balik. Lepas check bacaan mesin dia tanya pasal kontraksi. Last perkara ngeri dia buat..check bukaan..Warghhh malu kot tapi terpaksa relakan.

Keluar bilik dengan senyuman cakap kat husband "Kena masuk wad bersalin, dah buka 5 cm." Haikk kalut dia cari telefon nak call mak & kakak. Kat wad bersalin kena tukar baju & makan ubat berak. "Adoii tahu gini tak makan tadi, kui3". Tapi tak da maknanya nak membuang sangat, takut salah teran yang lain pula keluar. Keluar tandas pergi baring atas katil. Pembantu doktor pesan kalau sakit sangat beritahu dia. "Harghh camne nak tau sakit sangat tu??" Dah tak tahu nak beza camne, saya pun main agak2 la suruh husband panggil. Pembantu doktor tanya nak ubat tahan sakit tak. Mula2 saya tak nak, lepas tu surrender sebab tak tahan, minta cucuk kat belakang..

Admit wad bersalin tengah hari & kalau tak silap jam 3 lebih kot bukaan dah 8 cm. Doktor datang sekejap untuk pecahkan air ketuban dan tinggalkan kami suami isteri. Pembantu doktor menjenguk dan pesan suruh teran kalau mampu sebelum doktor datang balik. Masalahnya saya tak ada pengalaman tak mampu nak buat apa, boleh pegang pemegang katil je tahan sakit. Bila doktor datang memang kena potong la sikit kat bawah tu nak tambah bukaan. Belajar juga la teran macam nurse suruh "Bila rasa sakit, teran sambil tahan nafas 10 saat." Tiap kali teran memang kira 1 sampai 10. Masa tu dah tak rasa apa2, fikir nak baby keluar cepat sebab dah penat. Sambil teran pembantu suruh husband bagi saya minum air..huh lega juga dapat minum. Tapi sebelum meneran tu 2x juga terbuang air besar (diorang dok sebut BO, BO..Ooo istilah untuk berak rupanya, hihi)..

Setelah hampir sejam meneran dan Asar pun sudah berlalu akhirnya baby mula tunjuk kepala. Makin semangat la doktor, pembantu doktor dan (ehh..cik abang pun??) dok bagi sokongan "sikit lagi, sikit lagi". Haha lawak bila ingat. Cik abang dok sebut sikit lagi muka excited betul. Jadi digagahkan juga untuk meneran dan keluar la baby comel ni.


Alhamdulillah..doktor ambil baby suruh tengok jantina lelaki ke perempuan. Erk?? Tak larat nak fikir jawab je perempuan sebab scan dah tau jantina kan? Mata pula rabun, macam mana nak nampak..kui3..Pembantu doktor lap badan baby sekejap dan bagi kat ayah dia untuk diiqamatkan..Lepas nurse ambil baby ayahnya minta balik. "Salah telinga." Lorr..boleh pula camtu. Ish3 suamiku..teruja sangat agaknya. Nurse pun gelak je.
Jadi itu la cerita dari preggy hingga saat bersalin saya..Nak kata mudah, sakitnya tetap ada..Nak kata susah, rasanya Allah dah bagi kemudahan..Bersyukurlah seadanya..

Oh ya, saya juga dapat tips mudah bersalin dari member (kawan2 Masters saya majoriti dah kahwin & ada anak, hihi..ibu2 yg gigih nak belajar semua tu) iaitu dapatkan kemaafan suami dan orang tua sebelum bersalin. Saya buat..Alhamdulillah, ada benarnya. Selain itu, saya usaha untuk khatam 1 Quran dalam tempoh 9 bulan 10 hari dan di hujung2 tempoh kandungan saya telah khatam dan amalkan juga surah Yusuff, Maryam dan Lukman sebagai doa untuk anak yang bakal dilahirkan.

Di sini juga saya ingin berpesan buat ibu2 berpantang, pada minggu pertama kelahiran banyakkan beri susu ibu pada anak dan jangan makan apa2 yang bersifat panas lagi supaya bayi tidak terkena kuning (saya telah melakukan perkara sebaliknya menyebabkan anak yang asalnya kurang kuning makin bertambah bacaan kuningnya)..Selepas disahkan oleh nurse anak tiada kuning barulah mula ambil makanan yang bersifat panas. Sedia tau tengok kaki kecil tu dicucuk jarum selang satu hari. Ini pengalaman saya untuk anak sulung, harap yang seterusnya adalah lebih baik. Jadi, jagalah pemakanan sewaktu berpantang untuk baby & untuk kebaikan kita juga.

Buat bakal ibu, selamat menjadi ibu!! Buat ibu2 berbahagialah bersama permata2 kesayangan anda!!
Salam ceria :)


Uihhh..sedapnya gigit straw..

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...