Skip to main content

3 Tabiat Buruk Manusia Berhubung Ilmu

Anda tahu tiga jenis tabiat buruk manusia berhubung dengan ilmu. Pertama kali dengar ye?? Jom sama-sama memahami entri kali ini.

Pertama: Kedekut ilmu. Kalau ada kawan tak datang kuliah, ada kita call dia tanya kenapa tak datang? Lepas tu ada kita ceritakan apa yang dah kita belajar dalam kuliah kepada dia supaya kawan tu tak ketinggalan? Kalau ADA, anda memang pelajar BERSAHSIAH tinggi. Ilmu itu semakin dikongsi semakin melekat kat ingatan kita. So, tak perlu kedekut. Kongsi!! Lebih seronok kalau kita berjaya pegang scroll bersama kawan2 berbanding sorang2, ye tak? 

Kedua: Mencuri ilmu. Haaa..pernah dengar orang curi ilmu tak?? Memandangkan saya bekerja dalam bidang akademik, memang jelas dan nyata perkara ni berlaku. Nak ilmu kena la minta izin dulu, bukan sebarangan boleh ambil. Ingat ye..Tak semua ilmu kita boleh dapat dengan mudah, sesetengahnya kita kena minta izin.. "Why?? Kan itu ilmu Allah bagi..kongsi la".. Yes, boleh kongsi! Tapi dengan keizinan dia sebab itu harta intelek dia. Harta intelek tu pula lahir dari cetusan neuron2 otak dia, bukan otak kita. So, kita perlu consider usaha dan masa dia habiskan untuk dapatkan ilmu tu. Ada faham??

Ketiga: Cemburu ilmu. Hmm..yang ni pun masalah juga. Ok, kalau cemburu setakat nak berlumba atau bersaing mendapatkan ilmu, itu GOOD. Tetapi dalam persaingan itu gunakan saluran atau cara yang baik. Bukan dengan cara menyebarkan cerita buruk tentang pesaing kita. Bukan juga dengan mencantas periuk nasi dia dengan menggunakan kuasa yang kita ada. Kalau dia boleh berjaya, kita juga mampu berjaya..cuma cepat atau lambat.

Oleh itu, sama-samalah kita merenung diri sejenak. Jadikan ilmu itu perkara yang boleh membahagiakan, bukan pula membinasakan kita kelak.









Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...