Skip to main content

Ulang Tahun Pertama..!!

Alhamdulillah..genap setahun meraikan kehadiran si comel yang membuatkan hidup ni tak pernah sunyi..hihi. Macam mana nak sunyi kalau hari2 asyik berperang kan?? Tapi bila dia sakit..hmm Allah saja tahu betapa rindunya nak tengok kembali senyuman manis dan keletah nakal anak kecil ni.

By the way, itulah perasaan seorang ibu..haha. Perasaan seorang ayah?? Adui, sukar nak tafsir. Kaum Adam faham la agaknya.

Dah lama tak menconteng blog. Kiranya ni blog baru dengan wajah baru..kikiki. Motif kembali menconteng?? Saja2 nak kongsi apa2 yg boleh dikongsi..tapi kalau tak ada yang sudi menjengah pun tak pe lah. Saya ok aje.

Tadaaa..!!!


Ni la rupa puteri sulung kesayangan saya. Di mata saya sebagai seorang ibu wajiblah comel, di mata orang luar sana terpulanglah nak nilai apa. Yang penting saya sebagai ibu mestilah sentiasa positif terhadap anak yang telah Allah anugerahkan ini.

Raudhatul Aminah binti Iskandar Zulkarnain telah selamat dilahirkan pada 26 Januari 2014. Sekarang genaplah umurnya setahun. Wah, dah besar anak umi!!

Alang-alang dah mula menconteng sempena meraikan hidup yang terasa macam di syurga ni, saya nak kongsi perkembangan si comel pada pembaca semua. Sekadar ingatan, ini adalah perkembangan bayi dalam tempoh setahun sepanjang pemerhatian saya pada si comel. Kemungkinan perkembangan bayi anda adalah berbeza & sila jangan follow perkembangan anak saya 100%, ok?

0-1 bulan: pandai buat ekspresi muka & menggenggam jari
1-2 bulan: mula hisap jari & berkomunikasi dengan orang sekeliling
2-3 bulan: mula belajar angkat kepala, pandai senyum dan gelak, pandai bermanja, mula belajar mengiring badan & gerakan tidur dalam bulatan
3-4 bulan: suka tidur mengiring, badan pun dah mampu mengiring, menyusu dah kurang jeluak, mula pandai menjerit dan meragam, pandai menggenggam barang/objek…30.5.2014 meniarap kali pertama!!! Wah takjub & gembira bila dapat lihat moment ni.. ok sambung balik..ehmm pandai pusing badan sepenuhnya, suka jelir lidah (agaknya pasal masa ngandung suka boh emoticon jelir lidah bila chat ngan kwn2..huhu)..mula belajar pegang barang dan tarik kaki dia
4-5 bulan: suka pusing badan sambil meniarap & suka gelak bila kena agah..asal cakap 1,2,3 senyum konfem memang senyum la dia..haha
5-6 bulan: mula pandai engsot badan, meneroka objek sekeliling, banyak cakap (bahasa bayi, ok), tidur pun mulut bunyi (membebel pe tak tau, hihi), belajar angkat badan dan punggung untuk merangkak, suka tidur meniarap & tidurnya mesti berguling-guling (terpaksa sendal bantal tak nak bagi tergolek jauh..haarr), banyak makan & memang tunjuk minat pada makanan serta minuman orang dewasa, suka berdiri dalam walker (merata dia berjalan), pandai pukul dan campak objek, mula kutip objek masuk mulut..dan kuat menyembur+main air liur..huuii tak tahan bab yang ni..orang tua kata pasal gatal gusi nak tumbuh gigi..haa memang betul pun..tanggal 19.8.2014 2 batang gigi dah berdiri tegak kat gusi tu..hihi
6-7 bulan: belajar angkat badan untuk merangkak, suka meneroka, suka tiru gerak muka orang dewasa (ayahnya ajar jilat bibir lepas makan, tak sampai seminit dah boleh tiru. wow, panjang akal betul budak ni!!), suka ajuk suara orang dewasa especially bab batuk dan berdehem, suka memanjat & 15.9.14 berjaya merangkak dengan sempurna :) suara pun yang halus jadi makin kuat, aktif & lasak
7-8 bulan: gigi atas dah ada 4 batang, suka makan & aktif main
8-9 bulan: gigi bawah pula tumbuh 2 batang (total = 6 batang sudah!!)..mula sebut pa, ma, da, du, aa..macam2 sebutan pendek, dah boleh duduk sendiri, sangat aktif & lasak, kurang tidur dan banyak main
9-10 bulan: kuat meneroka, mula memilih makanan, suka kutip objek atas lantai nak masukkan dalam mulut, suka main dengan makanan & minuman, pandai panjat & turun katil/kerusi, belajar gigit dan kunyah makanan
10-11 bulan: kuat makan dan meneroka, mampu belajar masukkan gelang dalam gelung mainan, daya pemerhatian mula berkembang, suka dipuji
11-12 bulan: mula lempar barang dan memberontak, mahu ganjaran (selalunya tepuk tangan dan puji dia pandai dah seronok kemain si comel ni), suka dipuji bila berjaya buat sesuatu..sukses berdiri tanpa bantuan 8.2.2015 (dia bangun & berdiri tepuk tangan semasa tengok tv sambil pegang patung penguin..tapi belum mahu jalan, huhu)..

Ok..setakat ni saja saya ceritakan pasal perkembangan bayi. Untuk peringkat umur seterusnya insyaAllah saya akan sambung kemudian. Salam ceria & bahagia bersama anak-anak comel!

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...