Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hampir setahun sudah bergelar lepasan pelajar sarjana. Rezeki Allah nak bagi berjaya juga menamatkan pengajian peringkat Masters walau banyak halangan yang mendatang..kui3. Syukur juga sekarang dah jadi pekerja kontrak sebagai pembantu penyelidik di sebuah universiti tempatan. Wuuhuu!!
phD?? Opps..hihi..belum mau lagi. Berdasarkan pengalaman selama 26 tahun, SPM dan phD la benda paling tough to face. Hhaha.. SPM dah berlalu, that's why tak sanggup nak buka pintu phD. Tapi kalau at this moment saya masih bujang, ada je keberanian nak ke peringkat phD. Masalah sekarang ada komitmen anak dan suami. Suami bukan halangan sangat, anak la yang utama. "Ehh orang lain ada anak, boleh je buat phD..kenapa awak tak boleh?" 1st, saya nak jaga anak sendiri, tak nak parents jaga; 2nd: waktu kerja suami tak menentu, bukan orang kerajaan, susah la nak manage masa. So, itulah reasons saya untuk belum berniat sambung phD.
Ok..back to topic. Penting ke semua A dalam exam ni, especially buat pelajar SPM?? Jawapan saya terpulang pada matlamat adik2. Bagi mereka yang ada niat nak sambung belajar di oversea dengan tajaan dari pelbagai jenis company termasuk tajaan KPM, YES..!! Adik2 kena skor semua A. Itu sahaja jaminan untuk capai impian besar tersebut.
Tapi bagi yang masih was2 atau tak tahu hala tuju hidup, it does not matter. YANG PENTING sekurang-kurangnya 5A dan ke atas, DAN NO FAIL SUBJECT.. Ini sangat penting sebab minimum syarat untuk dapat kerja adik2 kena lulus BM, BI dan Sejarah (Betulkan jika saya ada salah, hui2)..
Pilihan kerjaya pula macam mana???
Ibu bapa perlu bagi bimbingan pada anak2 berhubung masa depan mereka. Sejak peringkat sekolah, ibu bapa perlu mengkaji (hhaaa..kaji tau, bukan setakat marah & bagi nasihat) kecenderungan minat & kemahiran anak2. Bagi anak buat pilihan, jangan suruh anak ikut pilihan kita. Makin kita suruh, makin dia bangkang. Contohnya, saya la. I have no one to guide me, tapi mak dok paksa2 ambil cos perguruan. Sampai sudah tak nak, itu la susah sangat nak dapat kerja sekarang..(huu maafkan saya, mak)..adoii..Tapi sesetengah anak ada yang baik, follow je cakap orang tua..(saya tak termasuk dalam kalangan tu la)..
Kembali pada kerjaya..choose bidang yang adik2 minat & punya kemahiran ke arah itu. Kalau sekadar ada minat tapi tak punya kemahiran, boleh je berjaya, tapi rintangannya lebih sukar la sedikit dari orang yang punya kemahiran dan minat.
Selain itu, untuk masuk ke dalam dunia pekerjaan pencapaian cemerlang akademik bukan penjamin 100% anda boleh lulus interview..Pengalaman bekerja (walaupun kerja sambilan/kontrak), sahsiah, kemahiran, komunikasi dan ciri2 kemahiran insaniah lain amat dititikberatkan oleh majikan masa kini. CGPA pada peringkat pengajian tinggi sebolehnya biarlah 3.0 dan ke atas. Tetapi kalau tidak berjaya, jangan berputus asa. Yakin bahawa diri anda ada aset yang bernilai untuk dijual pada majikan. Eh, jangan jual diri pula tau!! Itu berbeza..hmm.

Comments
Post a Comment