Skip to main content

Bila anak 2 tahun sakit gigi!!

Sakit kepala dibuatnya bila si Aleesa umur 2 tahun 8 bulan tiba-tiba meragam gara-gara sakit gigi. Asalnya Ijah ingatkan dia saja mengada, sebab yang ini memang dari kecil jenis "over react". Nak kentut pun kemain ragamnya sakit perut πŸ˜…

Tapi bila makan pun dia takut-takut, Ijah syak gigi dia jadi sensitif sebab hobinya gigit ais. Lagi-lagi sepanjang bulan puasa ni setiap hari bancuh air campur ais. Memang seronok la dia menggigit.

Tapi sekali lagi sangkaan Ijah meleset. Aleesa mula demam. Hampir tiap masa dia mengadu sakit gigi. Makan tak nak, walaupun dia lapar, walaupun donut feveret ada depan mata. Maka, Ijah & suami sepakat nak bawa dia ke klinik gigi.

Tapi, susahnya lahai nak dapatkan rawatan di klinik gigi kerajaan. Bila call semua suruh buat appointment secara atas talian. Masalahnya takde satu pun tarikh yang kosong dalam masa terdekat. Hampa sangat 😒

Maka, pilihan yang kami ada hanya klinik gigi swasta. Bermula dengan klinik gigi paling dekat dengan rumah, kami dimaklumkan rawatan untuk kanak-kanak hanya pada hujung minggu. Alamak, lama lagi tu!! 😱

Terpaksalah kami cari klinik gigi lain pula. Sepanjang tempoh gagal mendapatkan rawatan, setiap hari Aleesa bertahan dengan paracetamol. Hanya itu yang kami boleh buat untuk sementara waktu.

Klinik gigi pertama kami pergi atas persetujuan bersama Aleesa. Dia tahu dan mahu pergi ke klinik gigi. Tapi sebaik sahaja masuk ke bilik rawatan, Aleesa mula takut dan menangis. Doktor kata gigi dia yang bermasalah perlu dicabut, tetapi doktor tak berani nak buat sebab Aleesa enggan bagi kerjasama. Staff di kaunter mencadangkan kami untuk kunjungi klinik gigi khas untuk kanak-kanak.

Selepas membuat pertimbangan, suami ajak Ijah pergi ke klinik gigi kedua. Dalam talian, pihak klinik memberikan harapan bahawa mereka mampu merawat gigi Aleesa. Tapi sekali lagi kami hampa! 😫

Walaupun klinik tampak child friendly, tapi Aleesa masih menangis sebaik melangkah ke bilik rawatan. Doktor pula enggan memberikan rawatan dengan alasan dia tidak mahu kanak2 trauma sekiranya rawatan gigi dilakukan secara paksa.

Aleesa di klinik gigi kedua. Muka masih senyum sebelum dipanggil masuk ke bilik rawatan.

Lebih mengejutkan, doktor memaklumkan bahawa 6 batang gigi Aleesa yang rosak perlu dibuang semuanya!! Malah, doktor memberi cadangan supaya kami terus ke pergi ke bahagian emergency hospital & tipu bahawa gusi Aleesa bengkak dan perlu segera terima rawatan, supaya Aleesa nanti ditidurkan & dapat terima rawatan gigi dengan tenang.

Suami sedikit berang kerana pihak klinik telah memberikan kami harapan, tetapi kemudian menolak untuk memberikan rawatan. Dah la membazir masa dan tenaga kami. Lepas tu, diberinya pula cadangan yang sukar untuk kami terima. Bayangkan gigi yang bermasalah hanya satu, tetapi kenapa nak dibuang semua yang rosak??

Tapi, paling Ijah tak dapat terima bila doktor berkenaan tiba-tiba datang tekup mulut Aleesa yang sedang meronta & menangis enggan timbang berat. Atas sebab apa dia berbuat demikian?? Tindakan sebegitu bagi Ijah tidak beretika & kurang ajar, dan masih boleh menyumbang "trauma" yang dia sendiri sebutkan. 

Kecewa, hampa & marah. Akhirnya, suami tekad untuk bawa Aleesa ke klinik gigi khas untuk kanak-kanak. Berulang kali Ijah slow talk dengan Aleesa. Besar harapan kami klinik gigi terakhir ini benar-benar dapat bantu Aleesa.

Alhamdulillah, sebaik sahaja masuk ke bilik rawatan klinik ketiga ini.. Aleesa tenang sahaja. Setiap pertanyaan lembut doktor, Aleesa jawab dengan senyuman. Doktor nak bersihkan dan gosok gigi pun dia masih kekal tenang.

Untuk rawatan pula, doktor maklumkan Aleesa hanya perlu tampal gigi dan buat rawatan akar. Tak perlu dicabut pun katanya. Alhamdulillah, syukur ada solusi yang baik ini ☺️

Aleesa mula menangis untuk kedua-dua rawatan. Tapi ada 3 pembantu yang memudahkan proses rawatan. Doktor sangat cekap dan lembut dalam bicaranya. Memang kami sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Selepas terima rawatan di klinik gigi ketiga. Belum berhenti menangis πŸ˜…

Walaupun kos rawatan di klinik gigi terakhir ini agak tinggi, tapi sekurang-kurangnya Aleesa tidak perlu menderita kehilangan 6 gigi serentak! 

Jumlah kos rawatan.. My Dental Care Shah Alam, ada rawatan untuk kanak2 dan dewasa

Doktor juga ada menitipkan pesan supaya tidak lagi membenarkan Aleesa menggigit ais kerana itu juga salah satu penyumbang kepada sakit gigi. Mulut dan gigi Aleesa juga perlu dibersihkan setiap kali selepas menyusu, kerana punca nombor 1 dia mengalami karies gigi disebabkan hobi "mengempeng". 

Ibu ayah jika ada anak yang enggan beri kerjasama untuk terima rawatan gigi, bolehlah berkunjung ke klinik ini. Memang rawatan adalah secara paksa, tapi bagi Ijah "trauma" itu hanya stigma di minda. 

Untuk Aleesa, bila ditanya nak jumpa doktor gigi lagi tak.. dia senyum & angguk. Siap nganga mulut & senyum bangga pada abang & kakak semata-mata nak tunjuk gigi dia dah cantik.

Jalan-jalan pula cari baju raya cantik 😍

Jadi, inilah pengalaman keluarga kami dengan doktor yang berbeza pandangan dalam memberikan konsultasi serta rawatan. Yang terbaik, pastinya klinik gigi terakhir. Memang Ijah & suami rekomen sangat2! πŸ₯°πŸ‘πŸ‘

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  πŸ’ͺ Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  πŸ˜‚ Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  πŸ˜‰ Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...