Masa pertama kali lockdown disebabkan berlakunya lonjakan kes covid19, kebetulan ijah ada di kampung. Suami terpaksa balik ke Selangor sebab bekerja bahagian utiliti. Maka tinggallah kami 4 beranak dengan keluarga di kampung.
Sangkaan kami lockdown ini sekejap sahaja. Jadi berada di kampung kurang membebankan buat anak-anak kerana mereka masih boleh keluar bermain di sekeliling rumah.
Tapi selang 2 minggu pengumuman sama kami tatap di kaca tv. Lockdown diteruskan demi capai angka sifar. Kami akur walau anak-anak dah gelisah akibat lama tak ketemu ayahnya.
Aleesa juga dah keliru siapa ayah. Hari-hari merengek nampak muka Cik Asan, nak didukung, mahu dibawa berjalan keliling rumah. Aminah dan Ziyadh pula bergilir hari merajuk dan menangis rindu akan ayah.
Akhirnya penantian kami berakhir bila angka sifar dicapai. Suami dah boleh rentas negeri. Aminah dan Ziyadh gembira bukan kepalang dapat kembali bermanja dengan ayah. Cuma Aleesa yang tampak janggal.
TAPI situasi lockdown sekarang dah tak sama seperti dulu. Dedulu laman sosial media banyak kisah gembira. Tapi sekarang banyak kisah duka. Facebook mahupun Instagram, masing-masing update gambar gelang pink dan kematian 🥺
Ada anak-anak kecil jadi yatim piatu. Ada pasangan kehilangan suami @ isteri. Ada anak bersedih dengan pemergian ayah bonda.
Belum lagi dengan kisah hilang pekerjaan, masalah kemurungan, anak-anak keciciran pelajaran dan sebagainya.
Masyarakat pula dah penat berkurung. Anak-anak muda selamba melepak di taman tanpa topeng muka. Kata mereka buat apa patuh SOP kalau pak menteri pun 2x5 je
Angka kes harian kini dah capai 20k. Kenalan jauh, dekat masing-masing sampaikan khabar ahli keluarga positif covid19. Hal sama turut berlaku pada keluarga ijah 🥲🥲
Tak bolehkah lockdown 1.0 dulu-dulu dilaksanakan kembali?
Masih adakah sinar untuk angka sifar kembali sedangkan kes positif dan kematian terus mencanak naik tanpa henti?
Sampai bila ibu ayah perlu menanggung rindu untuk bertemu anak cucu kerana covid19 ini?
#pkp1.0 #bestlockdown
Comments
Post a Comment