Skip to main content

Mudahnya Akikah Online

 Niat asal kami nak buat akikah buat Aleesa sewaktu Syawal tahun 2020. Dapatlah raikan bersama ahli keluarga kan. Namun hajat tak kesampaian bila wabak Covid19 tiba-tiba menular secara mendadak di Malaysia 😒

Tertangguhlah akikahnya dek aktiviti keramaian tidak dibenarkan. Gelisah jugalah sebab rasa tak sempurna bila akikah Aleesa lambat diselesaikan berbanding abang dan kakaknya. Dalam kebuntuan memikirkan macam mana nak sempurnakan akikah ini, Ijah ternampak beberapa orang rakan di media sosial berkongsi tentang akikah secara online.

Selepas berbincang dengan suami, kami cuba membuat carian sendiri. Pada masa yang sama, iklan Aqiqah Centre kerap kali muncul di laman muka buku. Maka, terdetik di hati untuk membuka laman web Aqiqah Centre. Sungguh prosesnya mudah dan pantas!

Kami terus mengisi borang penyertaan kerana tidak mahu lagi bertangguh. Lebih kurang dua hari kemudian, kami mendapat video bukti penyembelihan di Mekah dengan sebutan nama penuh Aleesa 😍

Alhamdulillah, rasa lega sangat apabila akikahnya dah selesai! Syukur sangat² 🀲

Dan lebih kurang sebulan kemudian kami menerima cenderahati sijil ukiran kayu yang cantik ya amat! Kakak Aminah & Abang Ziyadh siap request nak jugakk sijil tu πŸ˜‚

Selain itu, Aqiqah Centre turut menawarkan perkhidmatan ibadah korban secara atas talian juga. Jadi, sekiranya anda berminat untuk melakukan akikah atau ibadah korban pada musim pandemik yang terbatas ini, bolehlah dapatkan perkhidmatan daripada Aqiqah Centre dengan terus melawati laman web Pakej Aqiqah & Qurban Di Mekah - Hanya RM499 (Book Online) (aqiqahcentre.com)

Semoga Allah terima segala amal baik kita. Amin ya mujib.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  πŸ’ͺ Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  πŸ˜‚ Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  πŸ˜‰ Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...