Skip to main content

Air Ketuban Kurang! (Episod 2)

Sambungan kisah air ketuban kurang...

Persoalannya, boleh ke tambah air ketuban?

Jawapan: 
Boleh. Sebab air ketuban dalam kantung rahim berterusan dihasilkan oleh plasenta dan janin sehingga tiba waktu kelahiran, barulah prosesnya berhenti. Oleh sebab itu, faktor pengambilan makanan yang berkhasiat dan cukup nutrisi sangat penting buat ibu mengandung.

Jadi, Ijah cubalah amalkan petua minum air sehingga 2 liter sehari (jenuh keluar, masuk tandas..hihi), makan tembikai dan minum air kelapa. Tak lupa panjatkan doa kepada Allah moga janin membesar dengan sihat.

Malangnya check up pada minggu ke-32 di klinik pakar Hospital Serdang, doktor cek bacaan air ketuban (AFI) adalah 3! Allahuakbar, berderau darah. Rasa nak nangis bila diberi borang untuk ke bahagian kecemasan. Dengan berat hati Ijah khabarkan kepada suami. Baliklah ke rumah untuk siapkan beg ibu dan bayi yang masih tak lengkap. Sesungguhnya waktu ini Ijah masih belum bersedia mental dan fizikal untuk menempuhi fasa bersalin.

Di bahagian kecemasan, rutin check up kandungan diulang sekali lagi. Kena soal siasat balik dengan doktor pelatih. Dari jam 4 petang hingga 9 malam menunggu barulah ada katil kosong dan dapat naik berehat di wad O&G. Tapi, sebenarnya tak dapat nak rehat pun. Selang beberapa jam, jururawat akan datang cek bacaan degupan jantung janin dan tekanan darah ibu. Wad pula cerah sepanjang masa sebab selang beberapa ketika ada sahaja ibu dan bayi yang baru dilahirkan dibawa masuk. Susah nak lena, huhu.

Layan video call en.somi & anak2. Lepas tamat panggilan en.somi hantar gambar abam Ziyadh bermuram durja. Alahai, sedih umi T.T

Esok siangnya sementara menunggu pertemuan dengan doktor pakar, memang tak berhenti terima kunjungan doktor pelatih. Layan sajalah pertanyaan mereka. Tapi, hati tak senang bila doktor senior terang-terangan menyatakan kemungkinan Ijah kena paksa bersalin secara caesar. Lepas tu, bergurau dengan doktor pelatih menyatakan doktor pakar tak nak jumpa Ijah. Rasa dirobek pula hati ni. Kot iye nak bergurau, tak perlu depan-depan pesakit. Huhu.

Akhirnya Ijah bertemu juga dengan doktor pakar untuk membuat details scan. Seperti doktor Az Zahrah jelaskan, bayi membesar dengan sihat cuma sedikit lari bacaan daripada graf normal. Anggaran berat 1.5kg. Semua organ sempurna dan takde masalah. Bacaan air ketuban juga dah naik ke 7.5. Jadi Ijah dibenarkan untuk discaj wad selepas mengambil suntikan kuatkan paru-paru bayi dalam tempoh 24jam. Perghh, kiri kanan punggung kena suntik, ketar kaki menahan sakitnya kesan ubat tu.

Dapat aje discaj daripada Hospital Serdang, gembiranya tak terkata. Tapi hati tetap gundah menunggu pertemuan lagi 2 minggu bersama doktor pakar untuk sahkan boleh teruskan kehamilan atau perlu juga paksa bersalin. Siang dan malam berdoa mohon keajaiban daripada-Nya. Alhamdulillah, pertemuan kedua sekali lagi memberi khabar gembira. Bacaan air ketuban dah naik ke paras normal dan Ijah dibenarkan untuk meneruskan kehamilan hingga minggu ke-40.

Dan, pertemuan terakhir pada minggu ke-37 bersama doktor senior juga membuatkan Ijah dan suami berasa sangat lega. Bayi sah membesar dengan sihat, dan bacaan air ketuban adalah 15! Doktor kata kemungkinan sebelum ni bacaan rendah sebab uri panjang sangat, dan doktor tak dapat cari bahagian rahim yang kosong untuk buat bacaan tepat. Oh, gitu pula.

Apa pun, Ijah dan suami bersyukur sangat. Hampir 2 bulan kami susah hati diuji dengan masalah air ketuban yang kurang, dan akhirnya di hujung kehamilan ada sinar untuk Ijah lahirkan bayi ini secara normal. Walau doktor awalnya was-was sama ada Ijah dapat teruskan kehamilan sehingga minggu ke-37, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. 

Terima kasih Allah!


Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...