Salam semua :)
Alamak, tak perasan dah berhabuk rupanya blog ni. Dah lama Ijah tak menulis gara-gara perhatian banyak terlebih pada bayi dalam kandungan.
Benarlah kata orang pengalaman setiap kali mengandung dan melahirkan anak itu berbeza. Untuk anak ketiga ini, dari awal kandungan Ijah ada masalah tekanan darah rendah dan uri berada di kedudukan bawah. Doktor sarankan untuk kurangkan kerja-kerja berat terutama jangan dukung si abam Ziyadh walau dia merengek manja. Hihi takde maknanya dapat abaikan tangisan anak teruna nan sorang ni. Aduhai!
Tapi, alhamdulillah. Bila masuk trimester kedua uri dah pun beralih naik ke atas. Tekanan darah pun dah stabil.
Tapi!
Bp pula berada atas pagar. Bacaan 10-11 sahaja.
Tapi lagi!
Tiba-tiba bacaan air ketuban (AFI) pada minggu ke-30 hanya 4! Doktor terkejut. Ijah yang mengandung berganda terkejutnya. Dah ke mana menghilang airnya? Rasa takde bocor pun. Adudu..terus doktor keluarkan surat untuk buat follow up segera di Hospital Serdang.
Dengan barang persiapan bersalin ibu & anak belum buat apa-apa, Ijah dan suami hanya mampu berdoa sahajalah sepanjang perjalanan. Mudah-mudahan dibenarkan pulang dan tak perlu masuk wad.
Uii, makan masa jugalah buat follow up kecemasan ni. Awalnya memang disiasat dengan doktor pelatih apa punca dirujuk ke situ. Lepas tu, kena seluk untuk tengok ada koyakan pada kantung, diambil pula sampel lendir pada faraj untuk cek jangkitan kuman, dan semestinya wajib cek kadar degupan jantung bayi menggunakan CTG. Akhir sekali baru dapat jumpa doktor senior untuk scan kandungan. Aik, sekali cek bacaan AFI dah jadi 7!!
Masih rendah tau. Bacaan normal sepatutnya 10 dan ke atas. Tapi rasa lega jugalah sebab Ijah hanya akan dipaksa bersalin jika bacaan bawah 5. Tak sanggup uii nak kena bersalin paksa, lepas tu bayi pula pra-matang.
Cepat-cepat keluar jumpa suami dan anak-anak bila doktor benarkan pulang. Alahai, terkejut tengok anak-anak dah lena menunggu lama sangat. Huhu.
Kesiannya T.T
Seterusnya, Ijah kena buat follow up di klinik pakar Serdang pada setiap 2 minggu. Alahai, termenung juga mendengarnya. 2 tempat sekaligus perlu buat check up baby.
Kesiannya T.T
Seterusnya, Ijah kena buat follow up di klinik pakar Serdang pada setiap 2 minggu. Alahai, termenung juga mendengarnya. 2 tempat sekaligus perlu buat check up baby.
Balik rumah gigih "google" dan tanya orang macam mana nak tambah air ketuban. Kebanyakannya mencadangkan minum air kelapa, makan tembikai dan minum air 1.5 hingga 2.0 liter sehari.
Agak-agak air ketuban Ijah bertambah tak? Nak tahu meh baca episod kedua di link ini;
Comments
Post a Comment