Skip to main content

Pulut oh Pulut!

Assalamualaikum semua. 
Entri kali ini berkenaan pulut pula :) Orang dulu-dulu suka sangat makan pulut tau. Masa Ijah kecil, Mek selalu buat pulut pagi atau beli saja di pasar atau ada mak cik akan masuk ke laman rumah sambil menjunjung talam besar di atas kepala. Ya ampun! Rambang mata weh. Penuh macam-macam kuih ada dalam talam tu. Haa gigih kan orang zaman dulu mencari sesuap nasi?

Alang-alang suami Ijah ada belikan beras pulut untuk dimakan dengan durian tempoh hari, maka Ijah pun terfikir untuk masak menu baru kepada anak-anak. Semestinya menu pulut la, kikiki. Nanti simpan lama-lama dimakan ubuk pula beras pulut tu. Eh lagi satu, makan pulut banyak kulit jadi ploles tau! Haa fakta ke auta? Hehe.

Kali pertama, Ijah cuba masak pulut kuning. Nebes juga kot tak menjadi sebab main sukat je beras pulut, air dan santan. Hehe. Suami kata OK, tapi Ijah rasa macam kurang UMPHH. Huhu dok teringat pulut kuning Mek. Lagi sedap kot, huhu.

Pulut kuning dan ayam masak rempah :)

Kali kedua Ijah cuba buat pulut pagi pula. Kegemaran sejak kecil. Orang Kelantan selalunya makan mulut pagi dengan inti kelapa atau inti kacang merah. Tapi sebab malas nak keluar pi kedai dah, maka Ijah masak dan makan dengan apa yang ada di dapur saja. Hehe jangan tiru kemalasan ini. 

Hasilnya memang OK, cuma kurang UMPPHH sebab tak cukup gula merah. Huwaaa malas pi kedai lagi. Huhu. Tapi alhamdulillah anak-anak suka tau! 

Pulut pagi tak cukup gula merah T.T

Kalau rasa dah bosan sarapan dengan menu sama, bolehlah cuba masak menu pulut pula ye. Ploles kulit nanti, hehe. Selamat masak-masak!

skhadijah_omar 

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...