Assalamualaikum. Apa khabar?
Hmm akhir-akhir ini Ijah asyik teringatkan masakan air tangan mek tercinta. Maka setelah sekian lama, menjadilah singgam @ singge daging iaitu masakan tradisional orang Kelantan, Hihi. Dapatlah melepas rasa rindu dendam yang tersimpan.
Singge daging feveret keluarga Ijah
Senang je nak buat menu ni tau. Antara bahan yang diperlukan:
1. Daging lembu 1/2 kg
2. Bawang putih 4-5 ulas
3. Budu 2-3 sudu
4. Lada kering 4-5 keping potong kecik-kecik **buang biji dan rendam dalam air untuk kurangkan pedas, tapi kalau suka pedas tak perlu buat ;)
5. Asam keping 2-3 keping
6. Garam secukup rasa
Cara masak:
1. Rebus daging terlebih dahulu dalam 10-15 minit.
2. Gaul sekata bahan 2 hingga 6.
3. Masukkan bahan-bahan digaul tadi ke dalam periuk.
4. Kacau dan masak sehingga daging empuk.
Selamat mencuba!
skhadijah_omar
Comments
Post a Comment