Assalamualaikum.
Entri kali ini semestinya tentang menu kegemaran Ijah juga. Aduii dah lama teringin nak buat sendiri. Asyik makan yang orang dok buat dan hidang aje kan.
Jom tengok macam mana nak buat kek asam manis ni. Sedap dan berbaloi dicuba!
Kek asam manis
Cara-cara:
1. Pukul 5 biji telur gred B + 1 cawan marjerin + 1 cawan gula kastor yang sudah dikisar halus.
2. Tambah 1/2 tin susu pekat manis dan sebatikan adunan.
3. Masukkan pula 1 paket biskut Mery (tak kisah jenama apa) yang sudah dikisar halus dan sebatikan adunan.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Jika nak buat 3 warna, bahagi kepada 3 bahagian.
5. Tuang sedikit lapisan pertama ke dalam pengukus dan susun hawflakes mengikut citarasa masing-masing.
6. Dah kering lapisan pertama (agak-agak dalam 15 hingga 20 minit), boleh mula tuang lapisan kedua dan susun hawflakes seperti awal tadi.
7. Ulang sehingga adunan habis.
8. Dah siap kukus, tunggu sejuk baru potong ye.
skhadijah_omar
Comments
Post a Comment