Skip to main content

Resepi Puding Kastard

Assalamualaikum semua. 
Apa khabar? Ada yang rindu ke? Hehe perasan retis giteww. 
Hmm panas-panas ni best juga makan benda sejuk kan. Jom Ijah kongsi resepi puding kastard. Boleh masak untuk makan satu keluarga tau. 

Resepi ni Ijah dapat daripada kawan semasa belajar di universiti dulu. Kami sempat main masak-masak untuk jamuan perpisahan sebelum rasminya membawa haluan masing-masing selepas konvokesyen. Kenangan manis jugalah. Jom follow Ijah rapat-rapat ye ;)

Cara buat puding kastard:
1. Campur 1 gelas tepung kastard + 5 1/2 gelas air + 2 puith telur + 1 tin susu pekat dan kacau sehingga sebati **sukatan guna gelas/cawan yang sama
2. Panaskan atas api sederhana dan kacau sampai warna berubah berkilat keemasan, maksimum 1 jam.
** sentiasa kacau supaya bahagian dasar tidak berketul.
3. Tuang dan sejukkan dalam bekas.
4. Dah sejuk adunan, barulah disimpan di dalam peti sejuk.

Cara buat kuah koktail:
1. Campur 2 tin susu cair + 2 tin air + 2 kuning telur + sedikit garam dan kacau sehingga sebati **sukatan guna tin yang sama
2. Panaskan atas api kecil sehingga gelegak dan hilang bau hanyir telur
3. Sejukkan kuah terlebih dahulu, barulah simpan di dalam peti sejuk

Cara menghidang:
1. Potong puding kastard dalam bentuk kiub kecil dan masukkan dalam mangkuk koktail.
2. Masukkan juga nata de coco dan buah-buahan tin seperti laici, longan, nenas.
3. Tuang kuah koktail dan sedialah untuk dijamu.

Taraa! Ni hasilnya :)

Siap 2 periuk puding kastard untuk potluck gathering keluarga, hehe

Nak lagi meriah boleh tambah macam-macam topping lagi seperti jeli, kacang merah, kacang dan sebagainya. Tapi jangan lupa tambah sukatan kuah, kang terlebih isi pula dari kuah. Hehe. Selamat mencuba ye ;)

skhadijah_omar


Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...