Masa tu ada pondok-pondok orang mengaji kitab dekat rumah. Kadang-kadang sambil kutip biji saga atau biji getah, Ijah selamba lepak di pondok tumpang belek buku-buku yg ada. Eh kadang-kadang tak malu. Orang jemput masuk pondok minum air Ijah terima dengan pantasnya, siap main dengan anak-anak tuan pondok lagi 😁
Bila penghuni pondok berpindah, Ijah mula kehilangan kawan. Kebetulan pula sekolah baru sahaja memperkenalkan program Nilam. Dengar aje ada hadiah, semangat kerajinan terus menggunung tinggi 😆 Maka, perpustakaan sekolah mula jadi tempat melepak baru Ijah tiap kali ada masa terluang. Kalau tak baca buku di situ, Ijah akan pinjam bawa balik ke rumah.
Boleh dikatakan Ijah antara muka wajib naik pentas untuk ambil hadiah. Cikgu-cikgu pun dah kenal, muahaha 😜
Walau niat asal nak hadiah, tapi Ijah suka sangat isi masa di perpustakaan. Macam-macam buku ada. Sampai satu tahap rasa macam dah baca semua (ok ini tipu 😆). Untuk program buku Nilam selalunya Ijah pilih buku yang nipis aje. Untuk Bahasa Inggeris selalunya Ijah pilih buku keluaran Lady Bird sebab tertarik dengan kumbang hitam merah tu 😂
Tapi secara peribadi, Ijah sangat tertarik dengan novel Masuk Ke Dalam Cahaya. Inilah novel tebal pertama Ijah baca masa sekolah rendah sebab isi penyampaiannya menusuk di jiwa 👍 Bila dah jadi ulat buku, Ijah ada juga korek segala buku-buku abang, kakak yang ada di rumah. Terjumpalah novel Songket Berbenang Emas. Novel ini pun menarik dan banyak kisah teladannya.
Sebenarnya banyak tau novel Melayu 80-90an yang Ijah sempat baca. Tapi dah lupa tajuk apa. Bahasa yang digunakan jauh berbeza dengan novel masa kini. Walaupun ada unsur cinta, tapi nilai kekeluargaan lebih diutamakan. Jalan cerita juga lebih realistik, berbanding novel masa kini yang lebih kepada mencipta angan-angan palsu.
Ini cuma pandangan peribadi Ijah sahaja tau, jangan ada penulis yang kecil hati pula. Tapi jadikan setiap kritikan untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti untuk bacaan anak bangsa, bukan untuk melalaikan mereka.
skhadijah_omar
*gambar ihsan Google
Comments
Post a Comment