Skip to main content

8 TIPS AJAR ANAK MEMBACA


Perkongsian tips ini Ijah buat hasil 'try and error' sewaktu proses mengajar Aminah membaca. Ijah pilih buku Bacalah Anakku untuk Aminah atas faktor dah 'familiar' dengan jenama ini sejak sekolah dahulu. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

1. Ajar anak kenal huruf fonik
- Untuk mengelakkan kekeliruan, ibu bapa sebaiknya ajarkan anak bunyi fonik terlebih dahulu sebelum kenal huruf ABC.
- Bagi kes Aminah, Ijah dah ter-ajar kenali ABC huruf kecil dan ABC huruf besar. Kecewa tau sebab Aminah jelas tampak keliru, 'blur' dan asyik ulang "Aminah tak tahu" bila dikenalkan bunyi fonik.
- Diema mak-mak, Ijah positifkan diri untuk bertenang seketika.
- Kemudian, Ijah putuskan untuk biar Aminah tonton video Abu Ada Ayam sahaja dan selingan video kanak-kanak yang telah berjaya membaca buku fonik sebagai motivasi untuk Aminah.

2. Ulang bunyi fonik bersama anak
- Apabila Ijah perhatikan Aminah dah dapat ikut rentak lagu Abu Ada Ayam, Ijah mula ajar sebutan bunyi fonik bersama Aminah.
- Aktiviti ini Ijah lakukan secara santai sahaja, tak kisah tengah lipat kain ke basuh pinggan dsb.
- Yang penting Ijah lakukannya berulang kali untuk membentuk memori jangka panjang Aminah berkenaan bunyi fonik.
- Paling mudah kaitkan bunyi fonik tersebut dengan orang atau benda sekeliling anak.
- Contoh, 'a' 'adik', 'beh' 'baju', 'ceh' 'cawan'.

3. Guna kad imbas
- Huruf pada kad imbas adalah lebih besar dan jelas berbanding huruf pada buku, jadi ini membantu kanak-kanak untuk lebih fokus.
- Aminah juga Ijah ajarkan membaca fonik pada kad imbas terlebih dahulu sebelum beralih kepada buku.

4. Tempoh membaca yg sesuai
- Pada peringkat permulaan melatih anak membaca, 5 minit sahaja sudah cukup lama bagi mereka.
- Apabila anak semakin mahir dan berminat untuk membaca, barulah dipanjangkan masa untuk belajar membaca.
- Apabila anak sudah hilang fokus, kelihatan gelisah dan mula merapu bacaannya, ketahuilah bahawa itu petanda untuk kita hentikan sesi membaca.

5. Beri motivasi dan ganjaran
- Ibu bapa perlu hargai setiap pencapaian kecil anak melalui kata-kata semangat, pujian, 'high 5', pelukan, senyuman dan ciuman.
- Sesekali berikan hadiah, belanja makan & minum, bawa anak jalan-jalan dsb. sebagai ganjaran yang lebih besar untuk anak.
- Insya-Allah anak akan lebih bersemangat untuk membuat pencapaian lebih baik kerana rasa dihargai dan disayangi.

6. Jelaskan kepentingan membaca
- Walaupun anak masih kecil, tetapi ibu bapa boleh gunakan bahasa mudah untuk menjelaskan kepentingan membaca kepada anak.
- Contoh, "kakak nak jadi doktor perlu tahu membaca, barulah kakak tahu ubat apa nak bagi pada orang sakit”

7. Belajar di mana sahaja
- Jangan terhadkan aktiviti membaca di rumah sahaja.
- Ibu bapa boleh cuba uji kemahiran dan tahap penguasaan anak dengan meminta dia membaca apa-apa perkataan di sekeliling sewaktu berada di luar rumah  seperti pada resit, papan tanda, iklan, menu restoran dsb.

8. Pelbagaikan bahan bantu mengajar
- Ibu bapa boleh lakukan pelbagai aktiviti ‘home schooling’ dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, sama ada secara DIY atau beli sahaja dengan mana-mana jurujual bahan ‘home schooling’.
- Ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan kemahiran membaca, tetapi berupaya merangsang kemahiran psikomotor serta afektif anak.

Perlu diingatkan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Jadi, ibu bapa tak perlu kecewa atau berputus asa sekiranya anak belum mencapai tahap yang diinginkan. Ibu bapa boleh tetapkan target, tetapi jangan sehingga mendesak anak selagi tiada keperluan. Masih ada masa sekiranya anak belum mencapai umur 11 tahun, kerana pada usia ini barulah kanak-kanak dikategorikan lewat membaca.

Pada masa yang sama, gunakan fitrah anak yang suka bermain dengan melakukan aktiviti penerokaan bersama-sama. Anak semakin bijak, ikatan kekeluargaan juga bertambah erat. Seronok, bukan?

skhadijah_omar

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...