Skip to main content

Pengalaman Bersama Drypers!

Drypers dan Daku Berpisah Tiada..Eh, Eh, Eh!
Al-kisahnya kelmarin abam city link call nak hantar barang. Tapi bila difikirkan takde pula Ijah beli barang.
Dah dapat parcel Ijah penyet-penyet "eh apa benda gebu, lembut ni"
Tanya pada suami "awak ada beli apa-apa ke kat saya?"
Haar harapan sangat kot suami buat surprise kan, tapi memang harapan tinggal harapan, hehe.😜
Buka parcel wah senyum sampai telinga. Bantal arnab gebu comel daripada Drypers rupanya! Yeah!

Bantal gebu..yeah!

Macam mana boleh dapat? Hihi mestilah Ijah tebus mata melalui Drypers Point Shop.
Ijah sertai Drypers Baby Club sejak Aminah kecil lagi. Sebab pada masa itu, pampers Drypers paling ngam dengan Aminah dan harga mampu milik.
Drypers juga selalu buat jualan pek kombo, ada hadiah percuma untuk setiap pembelian pek pampers, ada jemputan menghadiri acara khas, dan paling best dapat tebus mata. Tebus mata ini memang selalu Ijah buat sebab berbaloi kot 😍

Bantal busyuk si Mina..antara koleksi daripada Drypers

Ijah lebih suka produk penjagaan bayi (sabun, syampu dsb) keluaran Drypers berbanding jenama lain. Bila tebus pula dapat yang botol besar, lagi seronok!
Mainan yang ditebus melalui Drypers Point Shop bagi Ijah berkualiti dan tahan lasak. Walau Ijah tebus mainan tu semasa Aminah kecil lagi, sampai sekarang masih boleh guna tau 😉


Antara mainan yang Ijah tebus 

Ijah juga pernah sertai satu acara yang dianjurkan Drypers iaitu majlis pelancaran Drypers x Robocar Poli. Itu pun jenuh merayu suami "jom ler kita pi sekali, nak juga merasa pengalaman baru pi majlis cenggini" Hehe
Majlisnya berjalan lancar, meriah dan seronok sangat. Ada banyak aktiviti untuk anak-anak sertai. Aminah siap dapat hadiah percuma, dan perut kami gembira dijamu makanan yang enak sekali 😄

Seronok haa muka si Mina dapat hadir majlis ni

Masa pendaftaran dapat beg dan buku percuma ;)

MInat sangat Robocar Poli :D

Ibu-ibu yang berminat nak sertai Drypers Baby Club picit saja link ini 👉https://www.drypers.com.my/registration/?id=2388
Pendaftaran percuma sahaja dan dapat "welcome gift" tau.
Ibu-ibu juga boleh request untuk dapatkan sampel pampers percuma.
Lepas tu, ibu-ibu bolehlah mula kumpul mata bagi setiap pembelian pek pampers dan tebus produk yang diinginkan.
Best kan? 😊
Ini sekadar perkongsian Ijah kepada ibu-ibu yang berminat tau. Ijah tak dapat apa-apa pun daripada penulisan ini. Sekadar #sharingiscaring giteww.
Jenama pampers lain Ijah tak pasti ada program sebegini atau tak. Kalau ada sudi-sudilah kongsi ye. Boleh kita buat perbandingan 😉
Selamat hujung minggu semua ❤️
skhadijah_omar

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...