Skip to main content

MUFLIS DUNIA, MUFLIS AKHIRAT..nauzubillah min zalik

Muflis dunia adalah disebabkan HUTANG. Dalam Islam, kita dibenarkan berhutang mengikut hukum dan syarat yang telah ditetapkan.
Apabila berhutang, niatlah untuk membayarnya dan jika mampu, bersegeralah untuk melangsaikannya. Allah pasti akan membantu jika kita berusaha untuk bebas hutang.
Jangan sesekali niat berhutang untuk merugikan si pemberi hutang. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Jika buruk niat di hati, makin susahlah hidup kita di kemudian hari.
Hadis Bukhari meriwayatkan bahawa:
"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."
Orang berhutang juga dikatakan suka menipu. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam hadis Bukhari iaitu:
Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perbuatan dosa dan kesusahanhutang". 
Lalu ada yang bertanya kepada baginda "Kenapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang?" 
Rasulullah SAW lantas bersabda "Orang berhutang ini apabila bercakap dia menipu, apabila berjanji dia mungkir".
Oleh itu, jika tiada keperluan hindarilah diri daripada hutang. Sekiranya berhutang, berusahalah untuk memulangkannya.


Bagaimana dengan muflis akhirat?
Muflis akhirat menekankan perihal hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah 💓
Walaupun siang dan malam kita berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah, tetapi tiada jaminan bahawa syurga dapat dicium baunya jika hubungan sesama manusia tidak dipelihara.
Cuba bayangkan di saat kaki kanan sudah melangkah masuk ke syurga, tetapi tiba-tiba kita dihalang daripada memasukinya 😢
Sebab dihalang?
Pahala kita telah ditarik dan diberikan kepada kepada manusia yang pernah kita aniaya di dunia 😱
Kemudian, dosa manusia yang kita aniaya dipindahkan pula ke akaun dosa kita 😱😱
Jadi, agak-agak ada peluangkah untuk kita bersenang-lenang di syurga?
Oleh itu, marilah kita jaga hubungan sesama manusia, dan pada masa yang sama taatlah kita melakukan ibadat kepada Allah.
Bersama kita menuju syurga hakiki. Amin ya mujib 💓
skhadijah_omar

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...