Assalamualaikum. Alahai tak perasan dan sebulan blog ni berhabuk tak dijenguk. Kononnya nak update entri baru tapi tup, tup dah Oktober. Hihi maafkan daku.
Okey semua. Ini kali Ijah nak sentuh pasal topik "kawen muda" :)
Alhamdulillah. Selamat diijab kabul pada 31 Ogos 2012 ❤️
Akhir-akhir ini viral tentang isu kawen muda. Ada pihak yg setuju dan ada juga pihak yg tidak setuju dengan topik hangat ini. Bagi Ijah, usia bukan penentu aras utk berkahwin. Jika sudah:
1⃣ Memenuhi syarat wajib nikah
2⃣ Bersedia utk berkongsi segala aspek rohani, fizikal serta emosi dengan keluarga baharu
3⃣ Faham dan sedia utk galas tanggungjawab suami/isteri
4⃣ Dapat restu daripada orang tua
Sila teruskan niat utk kawen. INGAT, kawen atau nikah bukan hanya utk menghalalkan hubungan cinta antara lelaki dan wanita. Tetapi merupakan sunnah Rasulullah SAW utk mengembangkan umat Islam di muka dunia.
Dan letakkan CINTA PERTAMA pada Allah, barulah hati kita tetap tidak goyah andai suatu hari nanti dikecewakan cinta manusia 💪
RESTU orang tua sangat penting sebelum membina rumah tangga. Jika ibu bapa mengatakan si dia bukan calon yg sesuai, terimalah dgn berlapang dada. Lepaskan si dia dan cuba mulakan hidup baru. Kerana restu yg tulus ikhlas drpd orang tua insyaAllah akan menambah rencah bahagia dlm rumah tangga kita kelak 💝
Haa jangan pula lupa buat PERANCANGAN selepas kawen. Antara persoalan wajib dibincang bersama suami isteri pastinya berkenaan cahaya mata. Contoh:
1⃣ Nak honeymoon dan hidup berdua berapa lama?
2⃣ Bila sedia utk terima zuriat?
3⃣ Jarak umur setiap anak berapa tahun?
4⃣ Macam mana nak merancang kehamilan?
Ada orang cakap umur mudalah masa paling sesuai utk lahirkan anak yg ramai. Sementara tenaga dan badan masih kuat katanya. Iye ada betulnya. Tapi, yg tukang teran nak bersalin tu siapa? Diri sendiri lebih tahu ketahanan dan kekuatan badan, bukan? 😉
Nasihat orang boleh kita dengar, tapi utk kita turuti perlu bergantung pada situasi dan keadaan. Tak semestinya solusi A sesuai dengan situasi B, dan tak semestinya solusi C tidak sesuai dengan situasi B.
Jangan terpengaruh dengan hasutan mak cik bawang. Sebaliknya, bincang baik-baik dengan pasangan bagaimana nak rancang masa depan keluarga, okey?
Selain itu, ada juga yg kata kawen awal ni menyebabkan kita hilang kawan dan kebebasan. Oh my! Ini sama sekali tidak betul! 🙅♀
Selepas kawen, suami/isteri adalah sahabat dan pendengar paling setia ❤️
Kawan sekolah? Kawan U? Kawan lepak? Kawan kerja? Macam mana?
Adushh. Dah teringin nak jumpa kawan-kawan, amik handphone dan pm la diorang. Tanya khabar, share cerita. Kalau kebetulan dok dekat ajak keluar jumpa, reunion ke apa. Ini zaman teknologi tanpa batasan tau. Kejap je dah boleh berkumpul tepuk tangan hooray horey! 😘
Dan suami/isteri yg memahami pasti takkan sekat pasangan utk keluar berjumpa kawan. Mereka pun ada kawan, bff, geng lompat pagar yg pastinya gegak gempita bila bersua.
Dengan mak ayah kita boleh minta izin nak keluar rumah, takkan dengan suami/isteri berat mulut nak bagitau "sy nak jumpa kawan, sy nak me time, sy nak keluar dengan kawan-kawan".
Kebebasan itu ada walaupun selepas kawen. Bergantung kepada pemikiran kita untuk menentukan apa itu kebebasan. Tapi jangan pula sampai terbabas melanggar hukum agama. Suami orang jangan gatal nak keluar dengan perempuan bukan mahram, isteri orang jangan gedik nak keluar dengan lelaki bukan mahram 😏
Suami isteri yg soleh solehah pastinya mampu bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan pasangan masing-masing. Bila bertikam lidah, cuba renungkan apa kebaikan suami/isteri. Dalam kekurangan pasangan kita, pasti ada kelebihannya. Dalam kelebihan diri kita pasti ada kecacatan juga.
Oleh itu, jadikan matlamat perkahwinan adalah utk menempa jannah di akhirat, bukan semata-mata untuk syurga dunia. Semoga sahabat muslimin dan muslimat dapat membina keluarga sakinah di dunia dan kembali bertemu cinta hati di akhirat kelak ❤️
skhadijah_omar
Comments
Post a Comment