Muflis dunia adalah disebabkan HUTANG . Dalam Islam, kita dibenarkan berhutang mengikut hukum dan syarat yang telah ditetapkan. Apabila berhutang, niatlah untuk membayarnya dan jika mampu, bersegeralah untuk melangsaikannya. Allah pasti akan membantu jika kita berusaha untuk bebas hutang . Jangan sesekali niat berhutang untuk merugikan si pemberi hutang . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Jika buruk niat di hati, makin susahlah hidup kita di kemudian hari. Hadis Bukhari meriwayatkan bahawa: "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya." Orang berhutang juga dikatakan suka menipu. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam hadis Bukhari iaitu: Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perbuatan dosa dan kesusahan hutang ". ...
Selamat Datang!