Dapat ilmu baru hari ni disebabkan pertanyaan seorang kawan di group wasap. Sebelum ni sekadar dengar di hujung telinga. Tapi hari ni berpeluang gali lebih sikit.
Ilmunya berkaitan status anak-anak selepas seorang janda/duda berkahwin buat kali ke-2 (atau seterusnya, bergantung pada kes si polan).
Nampak macam isu mudah. Tapi jika dipandang enteng perkara ini sebenarnya boleh menimbulkan kekeliruan terutamanya dalam melibatkan batas aurat, mahram, perkahwinan dan pengagihan harta.
Formulanya mudah sahaja:
1. Anak lain ibu + Anak lain bapa = Anak tiri


2. Anak sama ibu + Anak lain bapa = Anak kandung
3. Anak lain ibu + Anak sama bapa = Anak kandung


Haa dapat sesuatu tak?
Selama ni Ijah sangka adik-beradik tiri ni tak perlu jaga aurat pun sebab tak boleh kahwin. Tapi nampaknya sangkaan ni membawa kepada kejahilan.
Ya Allah, nasib baik Allah bagi hati ni celik dgn menghantar seorang kawan utk bertanyakan isu ini. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment