Skip to main content

9 PERKARA ISTERI PERLUKAN DARIPADA SUAMI


Baru-baru ni Ijah ada terbaca satu artikel yg isinya sangat menarik utk dikongsi kepada semua. Di sini, Ijah ringkaskan 9 perkara yg diperlukan isteri daripada suami bagi mengekalkan hubungan dan kebahagian rumah tangga.

1. Rasa selamat
🔸rasa selamat ini merujuk kepada keyakinan yg diberikan oleh suami terhadap masa depan bersama
🔸rasa selamat ini tidak semestinya memerlukan suami bekerja 7 hari seminggu utk keluarga, dan tidak semestinya suami perlu bergaji lebih besar daripada isteri
🔸jika suami mampu merancang kewangan dan menjaga kebajikan keluarga dengan baik, ini sudah cukup memberi rasa selamat kepada isteri

2. Rasa bahagia
🔸suami perlu tonjolkan bahawa sebagaimana isteri, dia juga gembira dan bahagia dengan perkahwinan yg dibina
🔸suami perlu kerap meluangkan masa berkualiti bersama isteri dan keluarga
🔸hati-hati kerana krisis rumah tangga boleh berlaku seawal umur 30 hingga lewat 40 tahun

3. Rasa bangga
🔸setiap wanita pastinya mengimpikan seorang "prince charming" utk melengkapi hidupnya
🔸seorang isteri pastinya mengharapkan dia telah menikahi lelaki yg tepat yakni mempunyai sifat-sifat yg boleh dibanggakan
🔸apabila seorang isteri berbangga dengan suami, secara automatik hatinya akan gembira dan berpuas hati dgn perkahwinan yg dibina
🔸suami tidak perlu menjadi sempurna, cuma cubalah utk penuhi tanggungjawab kepada anak dan isteri sebaik mungkin

4. Sokongan
🔸suami adalah orang terdekat yg menjadi tempat utk isteri mengadu nasib, isi hati, melepaskan penat, menghilangkan stress dsb.
🔸cukuplah suami ada dan menjadi pendengar setia di sisi, pasti isteri akan gembira

5. Persahabatan
🔸seorang isteri juga memerlukan layanan seperti seorang kawan
🔸luangkan masa utk melakukan aktiviti menyeronokkan walau bersifat kebudak-budakan bersama isteri seperti yg dilakukan oleh Nabi SAW bersama Aisyah RA

6. Membuatkan dia rasa cantik
🔸wanita dan cantik berpisah tiada
🔸hargai kecantikan isteri luaran dan dalaman bukan hanya dengan memberi pujian, tetapi sama-samalah menjaga kecantikan bersama

7. Kemesraan
🔸kemesraan bukan hanya perlu bertumpukan pada hubungan intim
🔸suami boleh meningkatkan kemesraan dgn isteri hanya melalui perbualan "me time" bersama tanpa kehadiran anak, bergurau senda, saling menguji minda, solat jemaah bersama dsb.

8. Sebagai ayah
🔸bagi isteri, suami adalah ketua perkahwinan dan ketua keluarga
🔸wanita lumrahnya sangat menyukai seorang lelaki yg mempunyai sifat "ayah"
🔸apabila isteri melihat suaminya aktif memainkan peranan seorang ayah kepada anak-anak, isteri pastinya jatuh cinta berkali-kali dan melihat suaminya sebagai seorang lelaki yg menarik

9. Kepimpinan
🔸bagi seorang isteri, suami adalah pemimpin yg akan memegang tangannya dan membimbing dirinya serta keluarga menuju ke syurga
🔸jika baik kepimpinan seorang suami, maka bertambahlah kasih dan taat seorang isteri kepadanya

Walaupun seorang isteri memerlukan 9 perkara ini daripada suami, janganlah pula terlalu dikejar kesempurnaan kerana sesungguhnya kita manusia yg tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan. Suami dan isteri hiduplah saling melengkapi dengan cuba menerima serta bertolak ansur dengan kekurangan masing-masing. Cuma, pastikan tanggungjawab suami isteri tersebut digalas sebaiknya.

Sekian perkongsian daripada Ijah. Moga bermanfaat utk semua. Jom semarakkan cinta antara suami dan isteri demi membina mahligai yg indah di dunia dan akhirat kelak. Amin ya mujib.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...