Skip to main content

PESANAN CEGAH AEDES OLEH ABAM KKM

"Assalamualaikum. Kementerian Kesihatan. Abang, Kak!"
Uihh ada spot check ke? Kejut, nebes semua ada bila dengar perkataan KKM nih. Nasib baik siap dah kunyah sekut raya, kalau tak mau tercekik Ijah dibuatnya 😂
Laju-laju pergi sarung #raudhah & baju seluar yg sopan sikit. Buka pintu sambil diekori 2 pengiring setia.
Disebabkan ayah budak2 ni takde, maka soal siasat hanya dijalankan depan pintu rumah. Lega rasa sebab umah bersepah, tunggang langgang oiii. Yg depa dok ngintai2 tu pun dah rasa tebal muka 😝
Patut la akhir-akhir ni KKM banyak kali datang dok sembur asap sekitar umah Ijah ni awal Subuh & lewat Asar. Rupanya dah ada kes kematian di pangsa sebelah sana. Innalillah wa innalillahirajiun.
Jadi ini antara pesanan pegawai KKM utk diambil perhatian:
Tutup bekas air takungan & masukkan ubat jentik-jentik
 Pastikan tiada takungan air di dalam dan luar rumah
 Baiki flush tandas sekiranya rosak. Air bertakung dlm tangki tandas juga blh jadi tempat nyamuk membiak
 Sekiranya demam, segera ke klinik atau hospital berdekatan utk pemeriksaan lanjut. Ini boleh menyelamatkan nyawa kita & yg tersayang
 Sentiasa TUKAR jenama AEROSOL sebaik sahaja habis digunakan. SEBAB NYAMUK BOLEH IMMUNE!! Bila dah immune, makin liat nyawa si nyamuk. TAPI jika kita sentiasa tukar jenama aerosol yg digunakan, nyamuk sukar nak adaptasi (menyesuaikan diri). Maka susahlah sikit untuk nyamuk immune.
Pesanan terakhir tu Ijah pun terkejut tau. Tak sangka nyamuk pun boleh immune. Huhu. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat utk semua.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...