Skip to main content

Adab Berkunjung Menurut Islam

Sempena bulan Syawal ini, Ijah kongsikan beberapa adab berkunjung menurut Islam untuk panduan semua. Baca dengan hati yg lapang ye ๐Ÿ˜‰
.
1. Memberi salam.
2. Ketuk pintu rumah dgn lembut.
3. Memalingkan badan daripada menghadap pintu rumah dan elak daripada mengintai bahagian dalam rumah. Ini dapat memelihara aurat tuan rumah yg sedang bersiap sebelum menjemput kita masuk.
4. Duduk di ruangan yg disediakan oleh tuan rumah.
5. Makan & minum setelah dipelawa. Sesekali pandang wajah tuan rumah sewaktu makan supaya kita tidak kelihatan gelojoh.
6. Doakan tuan rumah yg telah menghidangkan makanan & minuman kepada kita sebagaimana hadis Riwayat Muslim iaitu “Ya Allah berikanlah makanan kepada orang yang telah memberikan makanan kepadaku dan berikanlah minuman kepada orang yang telah memberiku minuman.”
7. Jangan bertamu terlalu lama kerana dikhuatiri membebankan tuan rumah yg mungkin ada perancangan lain.
8. Hormati tuan rumah dengan menjaga harta mereka sebaiknya.
9. Minta izin utk pulang, berterima kasih dan meminta maaf sekiranya kedatangan kita menyusahkan tuan rumah.
.
Memang benar tetamu adalah pembawa rahmat dan perlu dimuliakan. Tetapi Islam juga telah menyatakan bahawa layanan kepada tetamu hendaklah mengikut kemampuan tuan rumah.
.
Janganlah kita sebagai tetamu membebankan tuan rumah kerana dikhuatiri perbuatan ini boleh menyebabkan persengketaan dan amalan menziarah tidak lagi dipandang mulia.
.
Hayatilah bait lagu "Seronoknya Berkunjung" oleh Omar dan Hana. Daripada lagu kanak-kanak ini pun kita dah boleh buat kesimpulan betapa pentingnya tuan rumah dan tetamu untuk saling menjaga adab supaya persaudaraan sesama Islam kekal mekar terjalin erat.
.
Hanya ini sahaja perkongsian daripada Ijah. Moga bermanfaat untuk semua. ๐Ÿ’•
.
#adabberkunjung
#muliakantetamu
#hormattuanrumah
#tudunglabuhmagik
#teamTLM
#heejabscarf
#dropshipwanted
#miniagentwanted

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   ๐Ÿˆ   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  ๐Ÿ’ช Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  ๐Ÿ˜‚ Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  ๐Ÿ˜‰ Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...