Skip to main content

Tips Balik Kampung!

Salam. Haa mesti dah berduyun-duyun yg balik ke kampung kan. Tapi tak terlewat kan untuk Ijah kongsi beberapa tips balik kampung. Masih boleh dijadikan panduan untuk masa akan datang ;)

1. Cabut setiap plug elektrik daripada soket. Nak lebih mudah, matikan sahaja suis utama elektrik.
2. Cabut dan tutup kepala tong gas.
3. Tutup mangkuk tandas untuk mengelakkan nyamuk bertelur (terutama nyamuk Aedes) atau kehadiran haiwan berbahaya.
4. Buang sampah dan sisa makanan supaya haiwan dan serangga perosak tidak berpesta sakan sewaktu ketiadaan awak di rumah.
5. Pastikan kereta telah diservis dan diperiksa sebelum memulakan perjalanan.
6. Himpunkan beg dan segala kelengkapan di satu tempat sebelum dimasukkan ke dalam kereta supaya tidak ada keperluan yg tertinggal.
7. Sediakan bekal kudapan dan air secukupnya terutama untuk abam driver.
8. Kira kepala penumpang di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan supaya tidak ada yg tertinggal.
9. Berehat apabila perlu dan berhemah sewaktu memandu.
10. Sewaktu kunci dan mangga pintu rumah/pagar, niat serta doa semoga rumah dipelihara daripada sebarang ancaman bahaya.
11. Setiap kali memulakan perjalanan, niat dan doa supaya diberi perlindungan dan selamat tiba di destinasi yg dituju.

Selamat balik kampung semua!!
Hati-hati memandu.


dan... Salam Aidil Fitri.
Maaf zahir dan batin :)

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...