Minggu lepas Ijah teruja tgk #NazreyJohari live dlm final Gema Gegar Vaganza. #Raihan merupakan kumpulan nasyid yang paling mempengaruhi Ijah semasa kecil dulu pada tahun 90an, selain kumpulan Hijjaz dan Rabbani.
Bila nak niat puasa secara automatik Ijah akan ingat irama lagu Niat Puasa oleh Raihan. Betapa kuatnya pengaruh Raihan kan? 😉
Bila dah dewasa Ijah dapat tahu Nazrey Johari sebenarnya seorang bukan muslim yg revert kepada Islam. Jadi barulah Ijah faham kenapa lirik lagu Raihan sangat dekat di hati kita.
Jawapannya, lirik lagu Raihan kebanyakannya adalah asas yg perlu diketahui dan diamalkan oleh seorang muslim. Contoh lagu 25 Rasul, Puji-pujian, Selawat Nabi, Syukur dan Bismillah. 👍
Liriknya mudah, ringkas dan sangat mudah difahami walaupun untuk kanak-kanak, kerana semuanya sangat dekat dlm kehidupan seharian kita.
Inilah contoh dakwah yang perlu kita teladani daripada Raihan. Bermula dengan asas kehidupan harian seperti kebersihan, adab sopan, akhlak mulia, tepati masa dll. Barulah bukan muslim akan hormat kepada kita dan mungkin dengan izinNya mereka akan revert kepada Islam. 😍
Kalau tidak, mana mungkin Raihan mampu melakukan tour nasyid hingga ke luar negara pada zaman kegemilangan mereka. Alhamdulillah, sangat salute kepada team Raihan.
Jadi, di bulan Ramadhan yg mulia ini bersamalah kita mengamalkan amar makruf, nahi mungkar. Mudah-mudahan amalan ini dapat kita kekalkan juga di bulan-bulan seterusnya. 💓
Comments
Post a Comment