Skip to main content

HEEJAB SCARF TUDUNG LABUH PILIHAN SAYA ;)

Salam semua. 
Post kali ini adalah berkenaan Heejab Scarf iaitu salah satu peneraju tudung labuh di Malaysia. Pada awal keluarannya, koleksi Heejab Scarf dikeluarkan khas untuk golongan pendidik dan guru. Namun kini, setiap koleksi keluaran Heejab Scarf mendapat tempat di hati semua gadis dan wanita tanpa mengenal usia. Walaupun fesyen tudung atau hijab sekarang semakin trending, meluas dan berkembang maju, anda tidak perlu khuatir atau ragu-ragu untuk memiliki Heejab Scarf. Seiring dengan motonya "exclusive, elegance and syariah compliance", setiap koleksi tudung Heejab Scarf dijamin berkualiti, tidak jarang dan cukup labuh untuk menutup aurat anda. 



Di sini Ijah kongsikan juga beberapa kelebihan #heejabscarf:

1. Say No to Punch Card Merah.
Jimat masa tau pakai instant shawl ni. Tak perlu nak belit sana, sini. Sarung, sarung aje dah siap! Terus capai beg dan dapat sampai awal ke tempat kerja. Bos senyum sampai telinga dan ada can naik pangkat berganda!

2. Siap sepantas 3 saat.
Kalau dulu-dulu bukan main berdesing telinga, kalut tak terkira sebab belum siap enjin kereta dah berbunyi. Sekarang dah tak perlu nak berkecil hati, sebab tak kena perli. Masuk kereta lebih awal dari Encik Suami lagi!

3. Mood ceria, ada can naik pangkat. Pagi pagi tak ada istilah moody dah sebab tudung elok menjadi. Muncung itik dah dibuang jauh-jauh, tak perlu dah gigih nak tiup bagi tegap muncung tudung!

4. Tak kisah kalau brooch atau pin hilang. Hati dah tak dup dup dap, dukung baby, baby senyap, tak tercucuk pin yang menyelinap!

5. Inner AntiPau, Awning dengar kata! Takde hal dengan pipi pau, pau bulat jadi bujur sirih, engkau!

Haa inilah serba sedikit pengenalan Heejab Scarf daripada Ijah. Berminat nak cuci mata tengok koleksi tudung yang ada boleh tekan link page facebook Ijah di bawah:


Macam-macam koleksi ada tau!

Nak bermuamalat dengan Ijah boleh sahaja terus whataps dengan hanya tekan link ini:


#tudunglabuhmagik
#teamTLM
#dropshipwanted
#miniagentwanted

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...