Skip to main content

APA GAYA BELAJAR ANAK ANDA?

Topik gayabelajar ni sebenarnya sangat luas, tapi antara yang famous dalam pendidikan adalah gayabelajar VAK.

Gaya belajar tidak terhad kepada anak-anak dan pelajar sahaja tau, tapi merangkumi setiap individu termasuk anda! Proses kutip ilmu tu kan sehingga ke liang lahad, tak gitu? 😉

Apa itu GAYA BELAJAR

Gaya belajar merujuk kepada cara belajar yang selesa dan disukai oleh individu untuk memudahkan proses pemerolehan dan pemahaman sesuatu ilmu/maklumat.

Pernah tak sewaktu menunggu pintu dewan periksa dibuka, korang bukan main pulun menghafal nota? tapi kawan kat sebelah dah simpan nota dan sibuk berbalas Q&A? Situasi ini merupakan salah satu contoh gaya belajaryang berbeza antara setiap individu.

Kenapa perlu tahu GAYA BELAJAR

Setiap individu yang dilahirkan di muka bumi ini adalah unik dan memiliki kecerdasan kepelbagaian (multiple intelligence) yang berbeza. Dengan mengenal pasti gaya belajar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, kita sebagai ibu bapa dapat membantu perkembangan dan kemahiran mereka pada usia yang lebih awal.

Gaya belajar VAK merujuk kepada Visual, Auditori dan Kinestetik.

👀Gaya belajar visual: individu ini memerlukan imej, grafik dan gambar untuk memahami sesuatu maklumat. Antara aktiviti pembelajaran yang boleh ibu bapa praktiskan di rumah ialah belajar menggunakan flash card, teka gambar dan teka lukisan.

👂Gaya belajar auditori: individu ini memerlukan bunyi dan muzik untukbelajar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah menyanyi bersama anak. Didi & Friends, Omar dan Hana..kan banyak pilihan lagu kanak-kanak yang seronok untuk dinyanyikan bersama.

 Gaya belajar kinestetik: individu ini memerlukan pergerakan motor (anggota badan) dan sentuhan dalam proses pembelajaran. Ibu bapa boleh lakukan aktiviti bermain sambil belajar sama ada secara indoor atau outdoor. Contohnya praktis menulis abjad dan nombor, buat kraf tangan, aktiviti home lab yang simple atau riadah bersama. Untuk bayi boleh lakukan massage, senaman ringan atau berikan objek berbeza tekstur untuk rangsang deria sentuhan.

Setiap individu tidak terhad kepada satu gaya belajar sahaja. Boleh jadi anak anda mempunyai 2 atau lebih gaya belajar.

Apa yang penting, anda sebagai ibu bapa perlu mainkan peranan membantu pembelajaran anak-anak di rumah sejak dari bayi hingga remaja.

Luangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak, bukan hanya sediakan keperluan mereka. Komunikasi positif antara anak dan ibu bapa bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat membanteras anasir negatif daripada mempengaruhi mereka.

Semoga perkongsian Ijah ini dapat memberi manfaat kepada anda, khususnya buat ibu bapa dalam mengenali kecenderungan anak-anak. Ini dapat membantu anda untuk mengasah bakat serta meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...