Skip to main content

Cuti-cuti Cameron Highlands 2


Salam..

Tahun 2016 dua lokasi percutian asyik dok bermain di minda..Langkawi ke Kinabalu?? Tup tup akhirnya kami kembali ke Cameron Highlands sempena ulang tahun kelahiran en hubby..So tangan pun menggatal la cari tempat penginapan untuk 3D 2N yg agak2 cantik & berpatutan..dan kami memutuskan untuk bermalam di sini aje..

Smurf Inn Homestay..!! Kami booking bilik deluxe sahaja..kalau anak seorang sesuai lg la sbb sama mcm namanya bilik ngam2 utk pasangan moon madu..tapi quite reasonable & comfy..facilities & toiletries complete, ada tv, kipas..suasana sekitar homestay pun comel2 aje.


Hari pertama kami rest sepenuhnya sebab sampai pun dah Asar. Malam kami keluar ke Tanah Rata cari makan & survey topi sejuk utk Miss Mina sorang ni.

Sarapan di Smurf Inn quite simple tapi cukup buat alas perut sebelum keluar jalan2 :) Antara menu bihun/kuey teow, nasi goreng, roti bakar, hotdog dan cereals, jus oren dan minuman panas. 





Antara view di Smurf Inn.. Kuda tak dapat naik (T.T)..mungkin sebab bukan cuti sekolah, pelanggan tak ramai, jadi tak dibuka..kesian Miss Mina..hmmphh

Destinasi pertama kami pada hari kedua adalah Cameron Lavender..dah famous tempat ni..pergi bercuti hari biasa tapi ramai pelancongnya mostly dari oversea..view kat sini dah bertambah cantik berbanding masa kami singgah dulu (2012 belum siap sepenuhnya)..Tiket masuk RM8 utk dewasa..






Makan kat sini boleh tahan juga la harganya..tapi dah nama bercuti fulus memang terbang.

Next kami singgah di Taman Rama-rama..tak ada la besar sgt kawasannya tapi seronok juga untuk budak-budak melihat haiwan dalam ni terutama tarikan utama: Rama-Rama!! Tiket masuk RM7 untuk dewasa.


Banyak ambil video kat sini..sebab seronok tgk Miss Mina teruja nampak banyak rama-rama..hehe
Ada juga haiwan lain macam tupai, kura-kura, ikan, itik..tapi tempatnya agak terhad..lama juga beristirehat kat sini sbb tak tau nak pusing mana..kasi Mina tengok haiwan kesukaan dia lama-lama & sampai puas..kui3..

Anak dah start meragam sebab penat..so kami terpaksa pulang ke homestay untuk berehat. Lepas Asar kami keluar untuk dinner dan masuk Kg Taman Sedia untuk menikmati menu steamboat. Pulun la sampai kenyang. Pilihan tak banyak tapi boleh la. Harganya RM25/seorang. Lebih kurang KL je harganya..hmm..itadakimasu!!

Hari terakhir kami pergi ke Boh Tea Sg Palas. Punya la pening nak mencari, signboard kurang jelas kedudukan. Tapi akhirnya sampai juga kat sini. Ladang ni sangat besar & lebih cantik berbanding di Ringlet. Tapi jalannya lebih sempit, digalakkan driver tekan hon kat selekoh sebab kadang-kadang ada driver lain laju je tekan minyak buat macam jalan dia sorang.




Nak drive naik atas perlu ada pass..so kita yg biasa ni kena jalan kaki & panjat2 sikit dalam jarak 200 meter sebelum sampai ke sini..!!!


Sebab kejar masa kami just ambil angin kejap, snap pictures..selfie!! Click-click..jom balik!!



Destinasi terakhir adalah Kea Farm..singgah jap beli souvenirs, jagung & strawberi untuk dinikmati kat rumah plak.. Ada juga singgah ladang strawberi di Kg Taman Sedia, tapi mostly tutup sebab buahnya tak ada..Jadi gegirl tak ada la pengalaman nak kutip strawberi..tak pe la Mina, next time ye sayang..salah musim agaknya..huhu

Ok itu sahaja destinasi yg dapat kami pergi disebab kan faktor anak kecik..penat je nak mula meragam..yg masih berdua tu blh la jalan2 sakan sikit..byk tempat boleh pegi tapi fulus jgn lupa siapkan secukupnya..tiket masuk & makan memang perlukan kos yg banyak..

Selamat bercuti you alls..!!


Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...