Skip to main content

SALASILAH KELUARGA

Alamak..tup tup dah hampir setahun tak update blog..huhu.. Bz membesarkan anak & kerja nak buat camne..huhu lagi..

Kali ni kita bercerita tentang salasilah keluarga pula ye..Huii sejak ada anak ni, barulah fikiran nak matang..Cabaran nak besarkan anak masa kecik adalah kena cukupkan keperluan asas dia, dah besar kena bagi pendidikan pula..bila dah dewasa nak kawen kena uruskan dengan sebaiknya..Baru sedar kenapa mak selalu membebel..rupanya kebimbangan seorang ibu ni takkan pernah berakhir selagi nyawa tak meninggalkan jasad..anak dah kawen pun masih risau fikir tentang anak..Begitu la kasihnya ibu kepada anak..

Ayah pula kasih sayang dia sentiasa disembunyikan..dia pendam saja. Tapi dalam setiap doa sentiasa tidak lupa pada anak-anak..biarpun anak dah dewasa dan berkeluarga. Kasihnya tetap tak pernah mati seperti ibu jua.

Begitulah. Ayah banyak diam, ibu banyak bebelannya. Itu beza seorang ayah dan ibu dalam menunjukkan kasih sayang dia. 

Kini anak-anak dah berkeluarga..cucu pun dah menginjak dewasa & mula berumah tangga juga. Maka lahirlah zuriat dan keturunan baru.

Mak cik, pak cik pun kian tua dan mula dapat pangkat datuk dan nenek pula.. Ingatan pun makin pudar, nama anak-anak buah yang jarang jumpa memang sukar nak ingat.. Jadi dari situ pentingnya rekod peribadi salasilah keturunan keluarga. Bukan setakat untuk mengingatkan siapa dan dari mana asal usul kita, tapi untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga yang makin bertambah. Jumpa dah jarang-jarang, masa musim perayaan saja..perlu ada program muhibbah dan tazkirah keluarga untuk mengeratkan hubungan yang ada.

Keluarga besar saya..dah ada cicit ciut tapi tak boleh nak update sebab x ingat nama..penting kan rekod keluarga ni..walau untuk peribadi..huhu

Selain daripada mengenali ahli keluarga terdekat ni..perlu juga kenal sepupu sepapat yang jauh & jarang jumpa..takde la selisih bahu buat derk je..kan..hihi..tapi selalu camtu la..silap hari bulan anak nak kawen, jumpa bakal besan..cerita punya cerita..ohh sedara rupanya kita..

Paling penting dalam menjaga keturunan ni, pilihlah pasangan yang memenuhi 4 panduan digariskan dalam Islam: 

1) iman (agama): solat cukup 5 waktu yg wajib..sangat penting dalam menjaga kerukunan rumah tangga..boleh membaca al-Quran (walau bukan seorang huffaz, tapi memadai andai kita ni pun tak mampu nak menghafaz 1 Quran..jgn terlebih demand pula)

 2) keturunan (kesihatan & akhlak): supaya zuriat yg bakal dilahirkan sihat cergas dan baik akhlaknya, perlu kita memilih keturunan yang baik2..(kalau boleh elakkan memilih pasangan yg mempunyai sejarah penyakit keturunan yg kritikal..ye kita sebagai manusia tak boleh lari daripada penyakit..tapi mencegah itu lebih baik utk generasi anak-anak kita juga..itu pentingnya ujian HIV/AIDS, thalesemia dll..supaya apabila menerima pasangan yg bermasalah begini, kita dapat bersedia dari segi mental dan kewangan)

 3) harta: andai ditakdirkan ketemu jodoh dengan orang ada-ada..alhamdulillah..andai diketemukan jodoh dengan orang biasa..alhamdulillah juga..harta yg sebenar terletak pada akhlak dan peribadi seseorang..jika si dia hanya memiliki sebiji motor kapcai dan sebuah rumah flat pun itu dah memadai asalkan hidupnya bebas hutang..dan buat adik-adik yang bakal mendirikan rumah tangga, perkahwinan tidak bermula dengan hidup selesa..jadi kita perlu menerima kesusahan itu dan ketidaksempurnaan pasangan..sama-sama berusaha untuk mewujudkan keluarga sakinah dunia & akhirat..insyaAllah kebahagian itu akan kita rasa andai syukur tak pernah hilang di hati..

4) rupa: masyarakat kita memang tak boleh lari daripada menilai rupa seseorang..
"eh lelakinya ensem, kenapa si pompuan hdung kembang, kulit gelap..tak sepadan pun..yg laki tu buta agaknya..takde ke pompuan lain yang cantik sikit nak buat bini"
inilah budaya masyarakat Melayu yg sukar diubati..memang tak dinafikan dalam memilih pasangan kita akan menilai rupa seseorang..tetapi penilaian seseorang individu antara individu lain takkan pernah sama..sebab itu pepatah Melayu mengatakan rambut sama hitam tapi hati lain-lain..buat pasangan bakal mendirikan rumah tangga, andai pasangan itu sudah cantik/hensem di mata kamu & keluarga sudah memberi restu teruskan niat suci itu..tak perlu dengar komentar mulut manusia yang memang sukar kita kawal..setiap kejadian manusia yang Allah ciptakan sudah cukup sempurna utk dirinya..jadi sebenarnya kat dalam dunia tak perlu ada istilah hensem atau cantik..sebab Allah dah ciptakan semua SEMPURNA..disebabkan wujud golongan pemberi hukum cantik dan hensem inilah ada yang sanggup habiskan wang buat pembedahan plastik tukar itu ini sehingga mencacatkan rupa asal..haram ye adik-adik mengubah kejadian asal kamu..

Sekian celoteh tahun 2016 yang dah masuk bulan Ogos pun..Moga bermanfaat..
Sekian


 

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...