Assalamualaikum saudara semua..
Sedar tak sedar kita sudahpun berada dalam 10 malam terakhir..Ya Allah, pantasnya masa berlalu..sekejap lagi Ramadhan yang penuh barakah ini akan meninggalkan kita..Rasanya belum cukup ibadat yang telah dilakukan dalam bulan penuh keberkatan ini.
Namun, alhamdulillah. Terasa sangat Ramadhan kali ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan kali ini telah banyak membuatkan saya celik hati..sedar betapa lalai dan lekanya diri ini dibuai nafsu sendiri.
Nafsu? Iye..inilah musuh utama manusia. Jika tidak percaya, cuba ambil masa seminit dua..ada tak apa-apa yang berubah tentang diri kita dalam sepanjang tempoh hampir sebulan kita berpuasa. Untuk diri sendiri, saya sangat yakin diri saya tidak banyak berubah..solatnya masih bukan di awal waktu, Quran dibuka apabila dirasakan ingin membacanya.
Saudara dan saudari macam mana? Kalau ada perubahan..alhamdulillah.
Situasi ini membuatkan saya terfikir sejenak. Jika kita berbuat dosa, adakah syaitan/iblis yang perlu disalahkan? Adakah bila kita menghadap Allah pencipta manusia, kita akan menghalakan telunjuk pada syaitan/iblis? Tidak..kita tidak mampu pun untuk berkata-kata. Kerana yang mengawal segala tingkah laku adalah diri kita..dan sesungguhnya godaan terbesar manusia adalah nafsu. Nafsu yang meluas definisinya..nafsu makan, tidur, malas, leka..dan itulah manusia.
Banyak perkara juga yang membuatkan saya lebih celik tetapi tak perlu agaknya diceritakan semua..hihi.
Alhamdulillah, setelah 3 tahun bersama mendirikan rumah tangga..akhirnya saya dapat melihat perubahan lebih baik pada suami yang dianugerahkan oleh Allah. Perubahan dia di luar jangkaan sehingga membuatkan saya lebih malu dengan diri sendiri. Perubahan dirinya juga membuatkan saya sebak tatkala mengangkat tadbir berjemaah bersama di dinihari..sehingga terlintas di fikiran "adakah dia bakal meninggalkan aku?" Allahuakbar, mohon dijauhkan..kami masih memerlukan seorang lelaki untuk menuntun perjalanan hidup di dunia ini.
Alhamdulillah sekali lagi..terima kasih Ya Allah atas kurniaan Ramadhan ini..Mudah-mudahan kami berpeluang untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan Kareem pada tahun akan datang, dan dipermudahkan juga untuk kami tiba ke tanah suci Mekah suatu hari nanti..
Perteguhkan keimanan kami kepada-Mu Ya Allah..berikan kekuatan kepada kami untuk melawan godaan nafsu yang membinasakan..Mudah-mudahan dapat kami menuju jalan ke syurga-Mu bersama saudara seagama yang lain..
Terima kasih Allah!!

Comments
Post a Comment