Skip to main content

Cuti-cuti Melaka


Assalamualaikum..

Entri kali ini adalah jalan-jalan di Melaka. Banyak lokasi menarik boleh anda kunjungi. Let's check it out!!

Tempat penginapan: Philea Resort & Spa 
***** bintang!! Memang cantik & sangat selesa

Lokasi jalan-jalan pertama: Taman Rama-rama Melaka

***** bintang juga!! Bersebelahan sahaja dengan tempat penginapan kami. Tiket masuk dah lupa berapa ringgit sebab seperti tertera pada gambar, ini percutian pada 2012..tetapi berbaloi sangat sebab banyak haiwan lain yang turut dipamer..dan memang penat nak pusing..berbaloi..berikut gambar sekitar dalam Taman Rama-rama ini:

Tarikan utama: Si rama-rama..sangat jinak dan menawan hati ;)

 Ikan koi

 Chameleon kan namanya?? Aisehh lupa..gomenne ;)

Burung ... (lupa nama pe..kui2..sory lagi)

En. buaya pun ada ;D 

Seterusnya, tempat wajib pergi mestilah Bandar Melaka. Banyak yang boleh dikunjung di sini. Antara yang kami singgah seperti berikut:

Pilihan untuk pengunjung..boleh naik beca atau jalan kaki sahaja..kami pilih JALAN KAKI..haishh jimat duit..hihi

 Lokasi kedua: Muzium Samudera..alang-alang dah sampai Melaka kena la revise la sejarah tamadun Melayu dengan melihat sendiri secara dekat..memang kagum amat ;)

 Yang ni bersebelahan dengan Muzium Samudera..banyak tarikan sejarah yang perlu kita hargai..

 Opps..tiket pada 2012..2015 tak pasti ye..tapi masa dapatkan tiket kami disoal sama ada asal Melaka atau negeri lain..harga tiket berlainan untuk pengunjung dalam dan luar negeri agaknya..hihi

 Lokasi ketiga: Menara Taming Sari..wah terbaik!!! 

Sangat mengujakan..revolving gyro tower katanya..mula-mula tak nak naik sebab kami dah penat sangat pusing Melaka jalan kaki, tapi gagahkan juga kaki menapak ke sini sebab nampak macam best je..tower ni tak ada lif ye..pada yang gayat/takut ketinggian mungkin boleh cuba untuk atasi fobia anda..masa kami naik pun semua keras kat kerusi, bila saya bangun nak bergambar kat cermin semua pandang semacam termasuk En. Hubby..time tu jugalah terkantoi En. Hubby gayat rupanya..tapi kita sebagai isteri pandai la pujuk ye..teragak-agak dia bangun & penumpang lain pun baru nak bangun sama..(mungkin depa fikir tak boleh bangun agaknya..positive thinking!!)..kiki..owh sebelum naik kami diminta bergambar di sudut yang pihak mereka sediakan..ingatkan untuk apa, rupanya lepas turun gambar kami tadi dah siap..boleh pilih nak yang gambar filem, tampal kat cawan dan sebagainya..tapi tak nak pun tak pe..menarik juga la..kami dah kekurangan bajet, menolak sajalah..hihi..

 Lokasi keempat: Kota A'Famosa..yang ni wajib panjat tangga la kan.. En. Hubby semput2 & berhenti rehat separuh tangga ambil tenaga..hihi

 Kincir air di bandar Melaka

 Kubu di bandar Melaka

Kincir angin di bandar Melaka

Melaka..here we come!!!

Secara keseluruhannya memang menyeronokkan bercuti di Melaka. Lokasi bersejarah pun ada tarikan yang tersendiri & kami sangat berpuas hati. Insya-Allah akan datang lagi bersama anak-anak. Sangat bagus untuk percutian keluarga..Selamat bercuti semua!!!

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...