Skip to main content

Cuti-cuti Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Assalamualaikum..hai!! 

Waduh-waduh..lain pula bunyinya Colmar Tropicale ni..tapi inilah salah satu tempat peranginan yang menarik di Malaysia. Perkampungan ala Sepanyol ek kalau tak silap, yang terletak di Bukit Tinggi. Masa ni tengah sarat preggy, puas pujuk En. Hubby nak jugak pergi jalan-jalan sebelum melahirkan anak sulung. Sebab saya fikir lepas ada anak dah sukar nak melancong berdua..confirm2 la ada yang ketiga kan?? Hihi..alhamdulillah berjaya dipujuk. Berbekalkan cucur ubi feveret En. Hubby kami bertolak juga ke...

Colmar Tropicale!!! Dari jauh dah nampak istananya..wowoot!!

 Tiket masuk berbaloi..RM12/person pada 2014..selepas GST mungkin ada penambahan agaknya..

Wah..akhirnya tercapai hasrat untuk datang ke perkampungan ni..TQ Mr. Hubby!!

 Takjub tak sudah..hui3

 Marvellous kan?? Very nice view..

Di perkampungan ini ada kenderaan khas disediakan untuk pelancong..bergerak setiap 30 minit kalau tak silap ye..pelancong boleh pilih nak pakej A atau pakej B..Saya lupa saya ambil pakej A/B tapi saya memilih yang menuju ke perkampungan Jepun..pakej satu lagi untuk ke ladang kuda & arnab..Kenderaan inilah yang akan bawa anda ke sana..

Dan..tibalah kami di Perkampungan Jepun..!! O itu pun sebelum tiba kami ditinggalkan lebih kurang 100 meter di bawah dan terpaksa mendaki jalan bukit untuk sampai ke sini..Mulanya ingatkan panjat tangga dah sampai, owh kena panjat jalan berbukit pula..Dengan perut sarat digagahkan juga dah teringin sangat nak datang kan?? Tengok ada pasangan yang bawa anak-anak kecil siap stroller..haiihh..lagi kesian..

 Wowoot..dah sampai..sebijik kat TV dalam citer Jepun..(haha lebih kurang la, tak ada sebijik pun..tapi puas hati ;)

Di rumah Jepun ini anda boleh masuk ke dalam untuk merasai upacara teh Jepun dengan memakai kimono..tapi kami tak berpeluang nak rasa..memandangkan datang ke sini pun tanpa bermalam, dah jelas sangat bajetnya tak mencukupi..hihi..ada terserempak satu keluarga yang memakai kimono..alahai anaknya comel betul..;)

 Sekitar perkampungan Jepun 

Dengan ini berakhirlah perjalanan kami di Colmar Tropicale. Tempat jalan-jalannya tak banyak tapi menarik. Walau agak kepenatan tapi berpuas hati..hajat sudah tertunai. Alhamdulillah..walau tanpa bermalam kami sangat puas hati. Mudah-mudahan dapat datang lagi untuk bermalam pula kalau dimurahkan rezki untuk anak-anak. Insya-Allah.

Sekian ;)



Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...