Skip to main content

Perkembangan Seks Kanak-kanak



CC by https://pixabay.com/en/children-boy-girl-line-drawings-34124/

Assalamualaikum..

Entri kali ini adalah perkongsian tentang perkembangan seks kanak-kanak untuk pengetahuan ibu bapa. Saya bukan ingin mengulas tentang apa itu pendidikan seks, sebaliknya ingin menekankan bahawa kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak agar menjaga bahagian peribadi (private parts) mereka, dan pada masa yang sama menghormati bahagian peribadi orang di sekeliling mereka.

Sebagai ibu muda dan hanya mempunyai seorang anak pada waktu ini, saya pun masih kekurangan ilmu keibu bapaan. Justeru, dengan wujudnya perkongsian ini dapatlah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan kisah tentang kerenah anak masing-masing.

Saya ulang-alik ke tempat kerja bersama kakak dan anak-anaknya (2 lelaki, seorang perempuan). Sejak kebelakangan ini, saya perasan anak lelakinya yang berusia 5 tahun seringkali ingin bermanja dengan saya dan seakan-akan cemburu apabila melihat saya melayan anak saya. Tapi ini bukan isunya. Saya tidak kisah kalau dia ingin menumpang kasih, sebagai ibu saudara saya boleh terima asalkan tidak melebihi batas.

Yang membuatkan saya kurang senang ialah apabila suatu hari dia cuba menyentuh payudara saya. Pada kali pertama saya berjaya mengelak dan bertanya "nak buat apa?". Dia menjawab "nak geletek ketiak." Saya sudi memaafkan walau saya sedar jawapannya adalah satu penipuan. Kemudian apabila dia melihat saya kurang berjaga-jaga, dia mengulangi perbuatan tersebut dan berjaya. Ia memalukan bagi saya walau dilakukan oleh kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan saya segera mengadu kepada ibunya "he touch my breast!"

Sebelum itu, ibunya pernah bercerita anak lelakinya yang berusia 5 tahun ini mengatakan "XX tahu bila lelaki dah besar, dia akan dapat perempuan punya. Kawan kat sekolah bagitau.." Dan sebelum ini juga anak perempuannya berusia 6 tahun boleh bercerita secara terperinci tentang satu video yang ditonton melalui whataps ayahnya. Kisahnya "laki dan pompuan bogel..anu laki besar..dia letak kat pompuan punya." Jadi, apa perasaan anda sebagai IBU BAPA?

Sebagai seorang muslim, saya ingin membesarkan anak dengan didikan agama yang baik. Sehubungan itu saya cuba dapatkan maklumat daripada Mr. Google (sebab di sini sahaja boleh dapat carian pantas) dengan menaip "kanak-kanak lelaki pegang payudara". Persoalan di minda saya adalah WHY? KENAPA? Kenapa dia boleh bertindak begitu? Adakah disebabkan cerita rakan sebaya atau apa yang telah ditonton melalui gajet sosial zaman kini? Malangnya hanya cerita-cerita lucah yang keluar dari hasil pencarian. Jadi saya ambil inisiatif untuk melakukan pencarian dalam Bahasa Inggeris.."5 year boy touch breast"

Alhamdulillah..ada hasilnya. Kejadian sebegini rupa-rupanya berlaku pada ibu-ibu di Barat (ibu-ibu Malaysia saya tak pasti, sebab saya gagal menemui apa-apa perkongsian tentang isu ini). Seorang ibu mengadu anak lelakinya yang berusia 5 tahun suka memegang dan mengejek payudaranya, dan lebih memalukan apabila anak melakukannya di khalayak ramai. Jadi, ramai juga la ibu-ibu yang berkongsi nasihat dan cadangan untuk ibu yang bermasalah ini. Malah ada yang mengakui pernah mengalami pengalaman yang sama. Solusinya hanya SATU.

Ibu bapa WAJIB didik anak-anak agar menghormati bahagian peribadi diri sendiri, ibu bapa, adik beradik dan orang sekeliling. Saya cuba mencari bahan bacaan lain. Menerusi pembacaan tersebut, rupa-rupanya pada peringkat umur 2 hingga 5 tahun, perkembangan seks anak-anak sedang berlaku. Mereka mula mengenali seks sendiri, ibu, ayah, abang, adik, kakak dan sebagainya, TETAPI tidak memahami apa fungsi seks tersebut. Mereka hanya mampu membezakan jantina lelaki dan perempuan.."lelaki ada burung, perempuan ada rama-rama". Bagi kanak-kanak lelaki payudara wanita dewasa umpama satu tarikan kerana tidak ada pada knak-kanak perempuan. Mungkin disebabkan itulah mereka cenderung untuk cuba menyentuh atau memegang tanpa mengetahui mereka telah menceroboh privasi ibu/wanita lain.

Oleh itu, pada peringkat umur ini jugalah ibu bapa perlu ajar anak masing-masing supaya bukan hanya mengenali jantina tetapi didiklah mereka supaya menjaga kemaluan diri daripada diusik oleh tangan asing dan didik juga anak supaya tidak menceroboh bahagian peribadi ibu/bapa/adik beradik mahupun orang sekeliling. Mulakan didikan di rumah dengan menegaskan "bahagian peribadi kamu adalah milik kamu, usah ditayang atau dibiarkan orang lain usik, bahagian peribadi ibu adalah milik ibu..kamu tak boleh sentuh, ayah adalah milik ayah.." dan so on. Dan sebagai ibu bapa juga kita haruslah mendidik anak cara berpakaian yang betul walaupun di dalam rumah. Hubungan suami isteri pun sembunyikanlah di kamar tidur sahaja. Pantau aktiviti anak-anak di rumah..dan pisahkanlah tempat tidur anak lelaki dan perempuan jika mereka sudah cukup "remaja" di mata kita, tidak perlu tunggu umur 7 tahun atau mumayyiz.

Dengan adanya didikan yang betul dan keprihatinan daripada ibu ayah dan paling penting ASAS AGAMA, insyaAllah anak-anak akan membesar dengan mentaliti dan rohani yang sihat. Walau perkara begini dianggap remeh oleh sesetengah orang, tetapi didikan awal inilah yang akan dapat membantu mencegah sumbang mahram, seks luar nikah, rogol kanak-kanak dan macam-macam isu yang sememangnya kita TIDAK ingin berlaku pada sesiapa sahaja. 

Jika SAYANG anak luangkanlah masa untuk menDIDIK mereka.

Sekian..wallhualam.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...