Assalamualaikum..
Dah lama menyepi rasanya..haha..Sibuk kerja dan kurang idea nak menulis juga faktornya.
Tapi kali ini nak sentuh tentang gangliosida dalam kanak-kanak. Ahaa..mesti semua biasa dengar kan?? Especially bila keluar iklan susu anak kat tv.. Katanya gangliosida ni membantu sel-sel otak anak berhubung..hmm..no komen. Ilmu sains sy tak hebat sangat, jadi tak dapatlah nak katakan iklan tu ada kebenaran atau kekurangan.
Back to the story la ye..Baru-baru ini ada sekumpulan penyelidik muda datang ke taska Aminah. Katanya mereka sedang jalankan kajian paras gangliosida dalam kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Aminah merupakan antara calon yg sesuai atas faktor umur dia. Untuk kajian ini mereka akan kaji pemakanan anak di taska dan di rumah selama 2 hari berturut-turut, dan selepas itu akan diberikan tarikh untuk parents dermakan darah anak sebanyak 2ml untuk mereka uji. Parents yang sudi jadikan anak mereka sebagai responden kajian akan terima saguhati RM200.
Woww!! RM200..kui3. Balik rumah terus bincang dengan husband. Hmm..bukan duit yang kami bincangkan, tapi keselamatan anakanda tercinta. Walaupun darah 2ml tu tak banyak tapi risau juga kalau yg handle urusan ambil darah tu bukan pakar.
Esoknya saya soal jawab balik dengan adik yang menguruskan research tu. Setelah yakin memang pakar yang akan buat urusan ambil darah saya sign form persetujuan. Dan niatkan ini untuk kebaikan anak, mungkin ada benefit yang boleh kami dapat hasil daripada kajian ini. InsyaAllah amin.
Jadi just follow the flow..kami rekodkan sebaik mungkin pemakanan anak..haha tapi agak leceh sebab saiz makanan dan berat makanan pun kena ambil tahu untuk rekod. Pening kepala juga 2 hari nak kena alert apa anak makan lepas balik taska. Yang kat taska tu tak apa la, memang rutinnnya sama. Tapi alhamdulillah berjaya menyempurnakannya sebaik kami mampu.
Tiba hari kena ambil darah..haishh hati dok risau dah. Sebelum ni Aminah pernah ambil darah juga sebab demamnya terlalu tinggi. Masa tu bukan main marah dia, menjerit dan tarik tangan tak bagi HR cucuk.
Berkat tangan doktor yang diperakui pakar dan adik penyelidik yang pandai guna mainan untuk tarik perhatian Aminah supaya tak concern kerja-kerja ambil darah oleh doktor..huhh langsung tak nangis..?? Kejap tengok tangan dia kena cucuk, kejap tengok kiri kat mainan yang dok bunyi macam2 siap keluar lampu..Umi dia ni pula yang melopong, hairan campur takjub.
Muka puas hati dapat mainan free..har3
Alhamdulillah semua berjalan lancar..anak dapat mainan, umi dapat wang saguhati..hmm boleh buat belanja pampers dan susu bila terdesak..huhu
Ketua penyelidik untuk projek ni turut datang dan berterima kasih sebab kami sudi jadi responden. Saya pun thanks back la..tapi sebelum tu sempat juga tanya bila keputusan akan keluar. Nak juga tahu kan?? Kot gangliosida anak terkurang ke terlebih.. Uihh end of year baru boleh tahu..sebagai seorang ahli dalam bidang penyelidikan juga, boleh guess la yg Ketua penyelidik ni hanya akan reveal keputusan at the end of her research..bila dah dapat findings dan buat comparison dengan kajian lain agaknya. Sebabnya sy dah korek dengan enumerator dia..hihi..Adik tu kata sampel dah hampir cukup 70..sampel darah sekarang dibekukan untuk dihantar ke New Zealand untuk dianalisis. Wahh bila dengar memang padan geran penyelidikan ni besar, siap boleh bagi parents saguhati dan each child got toys!! Entah berapa ratus ribu agaknya..hihi.
Sy juga tak lupa tanya, akan ada talk tentang kajian tu tak?? Invitelah kami (parents2 yang sudi jadikan anak sebagai responden)..hihi..
So, pokok pangkal ceritanya..parents nowadays should eager to know about childs.. Bukan hanya dari segi EQ dan IQ, but concern about their physical changes..
Untuk maklumat ada satu kes Tay-Sachs Disease yang berlaku di Malaysia (yg saya tahulah, mungkin ada lagi..wallahualam)..disease ni berlaku pada kanak-kanak akibat terlebih gangliosida..Gangliosida umumnya sangat penting untuk imunisasi kanak-kanak, tapi jika sebaliknya ada kesan lain juga..sebab sy pun kurang ilmu, tak mampu nak elaborate lebih lanjut..harap maaf.
Ini pautan untuk tahu lebih lanjut tentang Tay-Sachs Disease:
Ini pula pautan tentang adik Khalid, 4 tahun yang dikatakan pertama menghidap penyakit ini..
Artikel ini adalah pada tahun 2012..Tidak pasti apa yang telah berlaku seterusnya. Kita doakan yang terbaik untuk adik Khalid dan keluarganya. InsyaAllah..amin.
Comments
Post a Comment