Assalamualaikum..
Wah dah April..Cepat masa berlalu, anak pun dah masuk 14 bulan umurnya..Tapak kaki sebesar 2 jari kini dah melebar dan bersedia untuk berlari tak lama lagi (agaknya la, dh sekarang suka sangat 'nata'..harghh nak translate tak tau pe istilah yg sama ngan Kelantanese..hihi)..
Kenapa tiba2 timbul isu susu ibu aka breastfeeding ni?? Sebenarnya hati tengah berdukacita..sejak saya bekerja dan hantar anak ke taska, kesihatan dia dah tak sebaik dulu sewaktu saya jaga sendiri di rumah. Selang sebulan demam..selsema dan batuk tak berhenti. Penyakit ni terus menerus ada kat anak kesayangan. Sekarang bila dia tidur mesti tak lena disebabkan batuk yang mengganggu, sampai bunyinya dah macam orang tua nak buang kahak kat leher. Tidur kita pun terganggu sama. Menung la sambil gosok dada dan belakang dia dengan minyak angin.
Banyak penyebab sakit anak yang satu ni. Terdedah pada jangkitan kuman dan bakteria di taska itu satu kemestian bagi setiap kanak-kanak..tetapi punca dia lambat sembuh mungkin disebabkan antibodi yang lemah. Kenapa lemah? Kurang susu ibu..(hhuhu mau nangis)..
Anak ini hanya sempat saya susukan (direct breast feeding) lebih kurang seminggu SAHAJA..KENAPA?? Silap saya, terlalu mengikut kata orang tua, tak pandai membantah dan semstinya tidak cukup pengalaman. Apabila anak dibawa ke hospital untuk check kadar kuning, suami pulang kata ada kuning tapi tak tinggi sangat, just 100+..tapi Dr. suruh datang check balik 2 hari kemudian..At that moment MIL suruh berhenti breast feeding dan bagi susu botol because badan saya panas (makan makanan berunsur panas & jamu punya pasal)..Without any argument saya follow sajalah, tapi kadang2 curi2 bagi sebab jauh di sudut hati saya tahu hanya susu ibu boleh ubati kuning anak..
Tapi selepas husband leave for work, saya hilang kawalan untuk jaga anak mengikut kehendak sendiri..saya tak berpeluang untuk direct breastfeeding untuk 2 hari SAHAJA kerana MIL tak benarkan, AND at the 3RD DAY she no longer want my breast..Puas pujuk dan paksa dia tak mahu, hanya puting botol dia nak..Sangat sedih dan kecewa..Tapi yang buat saya lebih kecewa ialah selepas macam2 makanan tradisional MIL sua kat anak, kuning dia makin bertambah hingga 300+..Ikutkan sakitnya hati ni, bimbang jadi apa2 kat anak..Bila saya curi2 bagi susu yang diperah dan masukkan dalam botol barulah kuningnya berkurang..See the facts!! Susu ibu memang terbukti ubat penyakit kuning baby yang baru lahir..
Alhamdulillah, kuning dia beransur hilang..but unfortunately dia dah tak nak breastfeeding kerana selama 2 hari tak gigit umi punya breast..huuhu sangat sedih dan kecewa. Namun Alhamdulillah juga..sekurang-kurangnya susu saya masih banyak untuk diperah but slowly mula berkurang bila saya hampir habis pantang..Sepatutnya anak disusui sekurang-kurangnya paling lama hingga umur 2 tahun, tapi disebabkan isu2 tersebut saya telah GAGAL dan hanya mampu bagi susu perahan selama 3 bulan SAHAJA dan itu pun diselang seli dengan susu formula.
Dan..entah kenapa hati saya merasakan kegagalan itulah yang menyebabkan antibodi anak kini tidak sekuat kanak-kanak lain. Jadi yang saya mampu buat sekarang untuk menguatkan antibodi dia adalah dengan mendoakan kesihatan dia kepada Allah.
"Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untukmu wahai anak!"
"Kita nak jemput umi kat tempat kerja ke ayah?"
To new parents, do not follow my attitude 100% sewaktu berpantang. Tak semua pantang larang orang dulu2 patut kita follow dengan lurus bendulnya. Kenalpasti baik buruknya juga sebelum membuat keputusan. Kalau yakin pebuatan itu tak akan memberi kesan buruk pada kita ikutlah kata orang tua, tapi kalau sebaliknya elakkanlah. Selain itu, sebelum habis treatment untuk kuning baby, elakkan dahulu makan makanan panas dan JAMU..SEBAB bila badan kita panas, susu badan pun jadi panas dan bila anak minum, itu jugalah penyebab kuningnya bertambah.
For next son/daughter terpaksalah buat keputusan berpantang sendiri coz i'm tired to follow my MIL punya pantang larang coz tak nampak apa yang relevannya. (Saya boleh ikut pantang larang orang lama2, tapi bukan pantang larang yang membuta tuli dan menjejaskan keimanan saya sebagai hamba Allah yang lebih percaya pada kekeuasaan-Nya).
Sekian, episod emo sikit..huhu ;(
Comments
Post a Comment