Skip to main content

Cuti-cuti Cameron Highlands


Assalamualaikum..

Yess..zaaa..Kali ini kita bercerita tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang saya lawati 2 tahun lepas..Minta maaf la ye..cerita lama..tapi masih relevan rasanya untuk dikongsi bersama dan dijadikan panduan untuk pencinta Cuti2 Malaysia ni..hehe. 

Saya pernah bekerja 3 bulan di Cameron Highlands, so bila en hubby ajak ke sana memang tak ada masalah..Gunung di Cameron Highlands pun dah saya tawan, benda senang je setakat nak bawa dia p melancong..ngeh33 (opss..berlagak pulop, sorry).

Moonmadu kali ini seperti biasa kami menggunakan khidmat En. Groupon untuk booking Heritage Hotel for 3 days and 2 nights.

 Heritage Hotel, Tanah Rata

Antara destinasi menarik yang kami kunjungi seperti gambar2 berikut:

1) Rose Centre, Brinchang..Viewnya Subhanallah, Sangat CANTIK!! Ada binaan bangunan dan patung comel2 yang sesuai untuk bergambar.

Agak penat nak panjat..tapi sangat berbaloi bagi saya untuk menikmati keindahan alam ini..berjaya kami menapak ke puncak..hihi

Rumah kasut..so cute!!

 2) Taman Rama-rama, Brinchang. Agak menarik but not given 5 stars. Boleh la..hui2

 Pintu masuk

 Rama2 yang berjaya ditemui

3) Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. 

Banyak port boleh dikunjungi dalam ni. View taman cantik, pelbagai bunga, ladang teh kecil, kilang teh, kebun sayur, kebun buah, kedai bunga (harga agak murah dibandingkan dengan tempat lain) dan kedai cenderahati. Di sini saya galakkan pengunjung membeli stok teh sebab harga yang dijual lebih murah jika dibeli di Brinchang (peringatan: harga 2 tahun lepas ye..survey dulu kalau mau selamat)..Kalau bertuah ada sayur ditempatkan di kedai cenderahati sila la beli, memang dijual dengan harga murah berbanding pasar..dan yg special sayurnya rasa manis buah..tak sepahit yg kita beli kat pasar..(sy dah cuba, tau la..eh tapi lidah lain2, so dicadangkan je la..kalau tak mau tak apa).

Taman Agrotek MARDI CH

Ladang bunga


Taman haiwan

4) Ladang Teh BOH Sg. Palas, Tanah Rata

View ladang teh yang sangat cantik..boleh snap gambar ala2 hindustan gitu, hihi.. Dari Ringlet menuju ke Tanah Rata anda akan nampak signboard besar sebelah kanan jalan untuk masuk simpang ke ladang teh ini. Sebelum sampai ke main ladang teh, anda boleh buat pilihan nak selfie kat sekerat jalan (sepanjang jalan menuju ke atas adalah barisan pokok teh) ATAU drive hingga ke atas. View di atas SEMESTINYA LEBIH CANTIK..so rugi drive sparuh jalan, then patah balik..hui2. Dalam ladang teh disediakan restoran untuk menikmati teh sambil santap kek, harga berpatutan..just TRY!!


5) Big Red Strawberry Farm, Brinchang..quite interesting but not 5 stars for me.


6) Cameron Lavender

Wahh..yg ni pun suka sangat!! Erm..kami pergi masa tu sebenarnya belum dibuka untuk pengunjung. Tapi sebab staff kat situ benarkan kami masuk dengan bayaran tiket, kami terjah la..Ya Allah!! Subhanallah!! Memang kreatif pemiliknya..cantik design..tema biasa di Cameron Highlands iaitu bunga-bungaan dan sayur-sayuran..tapi seronok sebab dia letak arca comel2 dsb..sila la ke sini kalau nak tengok betul ke idoq ye..hui2

Ala2 castle gitu..

Erm..ini kepercayaan Cina agaknya..but beautifullest (bab kata Kwang Soo) ;P

7) Kampung Taman Sedia

Ok..kat sini saya rekomenkan untuk penggemar strawberi..ada banyak ladang kat kampung ni, just pick 1 u rasa terbaik..macam en hubby ni dia pilih Ladang Opah kalau tak silap (kalau salah harap maaf la ye..ingatan 2 tahun lepas).. 

En Hubby syok self-pick strawberi

Terus ngapp la..lagi2 cicah coklat..ermm syoknya strawberi coklat..(ohh,,nak buat strawberi coklat senang aje, tips dari penjualnya juga..just panaskan coklat masakan bersama susu segar Dutch Lady..siap!!!) Itadakimasu..!!

8) Last but not least, Lata Iskandar.. 

Mostly people singgah untuk snap picture je..sebab latanya kecil, tak sesuai untuk mandi-manda..setakat basuh cuci tangan & kaki..but visitors love it!!

Btw lata ni located sebelum Ringlet.. Drive slow2 supaya tak miss it!!


Banyak lagi lokasi menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands. Jeling je kiri dan kanan jalan di Tanah Rata dan Brinchang, mesti ada tempat2 yang menarik perhatian. Pasar minggu Brinchang pun agak menarik untuk dikunjungi, tapi I miss it coz pergi vacation masa weekdays. Nak makan selera Melayu boleh singgah di Tanah Rata, banyak kedai2 Melayu dengan harga berpatutan. Cenderahati nak beli try pujuk minta diskaun la, harga memang standard. Tapi kalau pandai pujuk memang berbaloi..bantal strawberi, topi, baju..comel2 semuanya..ohooii!!

Ok happy vacation!!

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Bukit Fraser :)

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak bercerita destinasi percutian menarik yang baru sahaja kami kunjungi.. Di mana??? Fraser Hills, Pahang..Owhh jalannya agak berliku macam ular kena palu..untuk sesetengah orang boleh menyebabkan mual dan pening2 (termasuk diri sendiri ni..awal2 dah ready gula2 halls..hihi).. tapi disebabkan 5 tahun lalu pernah datang sini buat kajian bersama kawan, teringin pula nak datang lagi..haha..(kajian apa?? nanti kita next story mengimbau zaman muda remaja :D) Well, rating yang boleh diberi untuk Fraser Hills tak ada la sampai 5 stars, tapi bolehlah untuk bercuti bersama keluarga. Aktivitinya pun tak banyak..sekadar nak ambil angin di tempat yang lebih tenang berbanding bandar. 5 tahun lepas bila saya datang, tempat ni masih sejuk, mencucuk sampai tulang sum2..sekarang kesejukannya dah kurang, tidur malam pun setakat selimut nipis je..Waktu siang terasa la jugak angin dingin, sejuk dan nyaman..sah2 cuaca hangat & kering di KL kalah jika banding deng...

Review untuk Daiso Cat Repellent

Sebelum ni pernah viral kan repellent  Daiso   utk kucing ni. Maka, Ijah & suami gigih ler pi cari kat   Daiso   Shah Alam sebab   🐈   kat sini kadang suka pancut dan berak depan rumah. Malangnya stok dah habis. Terpaksa tanya En Google. Dan ketemu jua di Shopee. Harganya lebih mahal berbanding beli sendiri di  Daiso . Tapi pejam mata sajalah demi kebersihan depan rumah  💪 Dah terima barang memang tak sabar la kan. Terus koyak. Ya ampun. Ting tong kepala bila bau repellent ni. Rasa terhuyung-hayang badan mengalahkan orang "morning sickness". Oren dan Ziyadh Suami letak beberapa keping depan pintu rumah. Tapi yg herannya si kucing oren (dalam gambar bersama Ziyadh) ketegaq tau. Suami letak repellent ni depan muka dia, dia wat tak tau je  😂 Maka, Ijah musykil juga ler. Macam tak berkesan je kan. Dah seminggu letak benda ni. Tapi, kadang-kadang je kucing takde. Yang wajib dan selalu ada si oren ni. Terdetik di hati nak ...

Pengasuh Di Rumah Wajib Ada Lesen dan Mendaftar dgn JKM

Ini Ijah bukan omong kosong tau. Sebelum terlibat dengan biz online, Ijah pernah menyimpan hasrat nak jadi pengasuh di rumah. Tapi sebelum mengiklankan diri, Ijah cari maklumat terlebih dahulu tau. Bukan terus promosi servis  😉 Macam-macam pertanyaan Ijah list utk diri sendiri. Layak ke aku jadi pengasuh? Ada kena mohon lesen ke? Berapa orang budak boleh jaga? Kadar upah macam mana? Segala persoalan ini akhirnya terjawab di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara syarat yg perlu dipatuhi seperti berikut: 1. Pengasuh di rumah yg menjaga 4 hingga 9 orang kanak-kanak wajib memohon lesen dan berdaftar dengan JKM. 2. Pengasuh warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 3. Pengasuh perlu mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asuhan Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM. 4. Pengasuh mematuhi nisbah pengasuh:kanak-kanak (seperti gambar) dan nisbah kanak-kanak:ruang iaitu 2.5 meter per segi utk seorang kanak-kanak bagi taska di rumah. ...