Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Air Ketuban Kurang! (Episod 2)

Sambungan kisah air ketuban kurang... Persoalannya, boleh ke tambah air ketuban? Jawapan:  Boleh. Sebab air ketuban dalam kantung rahim berterusan dihasilkan oleh plasenta dan janin sehingga tiba waktu kelahiran, barulah prosesnya berhenti. Oleh sebab itu, faktor pengambilan makanan yang berkhasiat dan cukup nutrisi sangat penting buat ibu mengandung. Jadi, Ijah cubalah amalkan petua minum air sehingga 2 liter sehari (jenuh keluar, masuk tandas..hihi), makan tembikai dan minum air kelapa. Tak lupa panjatkan doa kepada Allah moga janin membesar dengan sihat. Malangnya check up pada minggu ke-32 di klinik pakar Hospital Serdang, doktor cek bacaan air ketuban (AFI) adalah 3! Allahuakbar, berderau darah. Rasa nak nangis bila diberi borang untuk ke bahagian kecemasan. Dengan berat hati Ijah khabarkan kepada suami. Baliklah ke rumah untuk siapkan beg ibu dan bayi yang masih tak lengkap. Sesungguhnya waktu ini Ijah masih belum bersedia mental dan fizikal untuk menempuhi...

Air Ketuban Kurang! (Episod 1)

Salam semua :) Alamak, tak perasan dah berhabuk rupanya blog ni. Dah lama Ijah tak menulis gara-gara perhatian banyak terlebih pada bayi dalam kandungan. Benarlah kata orang pengalaman setiap kali mengandung dan melahirkan anak itu berbeza. Untuk anak ketiga ini, dari awal kandungan Ijah ada masalah tekanan darah rendah dan uri berada di kedudukan bawah. Doktor sarankan untuk kurangkan kerja-kerja berat terutama jangan dukung si abam Ziyadh walau dia merengek manja. Hihi takde maknanya dapat abaikan tangisan anak teruna nan sorang ni. Aduhai!  Tapi, alhamdulillah. Bila masuk trimester kedua uri dah pun beralih naik ke atas. Tekanan darah pun dah stabil.  Tapi! Bp pula berada atas pagar. Bacaan 10-11 sahaja. Tapi lagi! Tiba-tiba bacaan air ketuban (AFI) pada minggu ke-30 hanya 4! Doktor terkejut. Ijah yang mengandung berganda terkejutnya. Dah ke mana menghilang airnya? Rasa takde bocor pun. Adudu..terus doktor keluarkan surat untuk buat follow up se...

Kek Coklat Mudah

Salam kesayangan semua.  Kali ini Ijah nak kongsi resepi kek coklat mudah yang sentiasa Ijah ulang buat tiap kali ada masa terluang. Konfem sedap, konfem menjadi, konfem anak-anak suka. Eh dah nama kek coklat. Memang kegemaran semua la kan ;) Cara muat mudah sangat: 1. Blend/Mix 3 biji telur, 1 cawan gula, 1 cawan susu cair, 1 cawan susu pekat dan 1 cawan serbuk koko **bahan-bahan yang nak digunakan ini jangan simpan dalam peti sejuk tau, nanti kek tak jadi. 2. Ayak 1 1/4 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder. 3. Campur adunan yang telah dikisar/diputar dengan tepung yang telah siap diayak. Kaup balik sahaja sehingga rata. 4. Kukus atau bakar. Tempoh masak bergantung pada jenis pengukus/pembakar yang digunakan. Selalunya 45 minit sudah cukup masak. **tetapkan suhu 180 darjah Celcius untuk bakar Ini hasilnya! Tak nyempat nak potong tue..oh my anak! Anak-anak gembira dapat tabur urai, kikiki Selamat mencuba ye...