Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Singgam Daging in the House!

Assalamualaikum. Apa khabar? Hmm akhir-akhir ini Ijah asyik teringatkan masakan air tangan mek tercinta. Maka setelah sekian lama, menjadilah singgam @ singge daging iaitu masakan tradisional orang Kelantan, Hihi. Dapatlah melepas rasa rindu dendam yang tersimpan. Singge daging feveret keluarga Ijah Senang je nak buat menu ni tau. Antara bahan yang diperlukan: 1. Daging lembu 1/2 kg 2. Bawang putih 4-5 ulas 3. Budu 2-3 sudu 4. Lada kering 4-5 keping potong kecik-kecik **buang biji dan rendam dalam air untuk kurangkan pedas, tapi kalau suka pedas tak perlu buat ;) 5. Asam keping 2-3 keping 6. Garam secukup rasa Cara masak: 1. Rebus daging terlebih dahulu dalam 10-15 minit. 2. Gaul sekata bahan 2 hingga 6. 3. Masukkan bahan-bahan digaul tadi ke dalam periuk. 4. Kacau dan masak sehingga daging empuk. Selamat mencuba! skhadijah_omar

Kek Asam Manis

Assalamualaikum.  Entri kali ini semestinya tentang menu kegemaran Ijah juga. Aduii dah lama teringin nak buat sendiri. Asyik makan yang orang dok buat dan hidang aje kan. Jom tengok macam mana nak buat kek asam manis ni. Sedap dan berbaloi dicuba! Kek asam manis Cara-cara: 1. Pukul 5 biji telur gred B + 1 cawan marjerin + 1 cawan gula kastor yang sudah dikisar halus. 2. Tambah 1/2 tin susu pekat manis dan sebatikan adunan. 3. Masukkan pula 1 paket biskut Mery (tak kisah jenama apa) yang sudah dikisar halus dan sebatikan adunan.  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Jika nak buat 3 warna, bahagi kepada 3 bahagian. 5. Tuang sedikit lapisan pertama ke dalam pengukus dan susun hawflakes mengikut citarasa masing-masing. 6. Dah kering lapisan pertama (agak-agak dalam 15 hingga 20 minit), boleh mula tuang lapisan kedua dan susun hawflakes seperti awal tadi. 7. Ulang sehingga adunan habis. 8. Dah siap kukus, tunggu sejuk baru potong ye. s...