Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Cuti-Cuti Bajet di Genting Highlands (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua. Kali ini Ijah nak kongsikan sedikit pengalaman percutian bajet di Genting Highlands. Alhamdulillah, rezeki contest daripada Nestle dapatlah Ijah bawa satu keluarga mini kami bercuti 2 hari 1 malam di pusat pelancongan tersohor ini. Teruja juga sebab dah lama teringin nak tengok apa yang gah sangat dengan Genting. Tak sangka berjaya juga tinggalkan jejak, hihi :D Rezeki contest, alhamdulillah :) Ok, dah nama percutian bajet kan. Lepas berbincang dengan en suami, kami sepakat untuk ke Genting dengan hanya menaiki pengangkutan awam. Dapatlah penuhi keinginan serta bagi pengalaman baru untuk Aminah dan Ziyadh. Haa makan bulan juga Ijah dok survey dan google macam mana nak ke Genting. Berapa bajet kos pengangkutan. Bab makan pula dari awal kami putuskan untuk backpack sahaja roti+biskut+maggi+air etc. Dah memang konfem harga makan minum di Genting double, triple. Ada 4 perut pula nak diisi, maka boleh bayangkan la berapa kos makannya kalau kami tak backpack. ...

Cuti-Cuti Bajet di Genting Highlands (Bahagian 2)

Al-kisahnya nak sangat kenal Genting kan, haa merasalah pengalaman lenguh-lenguh kaki menapak sebab besar sangat kawasan dalam bangunan Resort Worlds tu yang korang boleh teroka. Sekadar nak cuci mata atau perabis wang ringgit. Haa, tepuk dada tanya bajet. Hihi. Selepas Isyak, kami turun kembali ke Skytropolis. Sambung cuci mata gitu. Tapi sebab jam pun dah hampir ke angka 10 malam, banyak restoran, kedai serta tempat hiburan mula tutup. Angin kat luar memang sejuk sangat, gigil jugalah kalau tak pakai sweater. Tapi bila dok dalam bangunan, tak terasa apa pun. Berpeluh tak, sejuk pun tak. Tak ada tempat nak dituju kami pun balik ke bilik dan tidur dengan nyenyaknya. Bilik berkipas aje, takde aircond. Tapi, dingin terasa sampai ke pagi :D     Paginya kami segera sarapan dan bersiap untuk kembali ke Skytropolis. Dah alang-alang sampai, bagi jugalah budak-budak ni merasa sorang satu ride (tiket RM11/ride) . Kami putuskan untuk terus check-out sebab malas n...