Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Pampers Awesome vs Brand

Ijah boleh dikatakan jenis setia pada satu brand je tau. Bila dah selesa & suka pd satu brand, memang stick pd yang satu tu je la. Sape sama kita geng!   😉 Kali ni Ijah nak share pasal  pampers . Sejak Aminah lahir memang Ijah cukup setia dengan Drypers. Seronok dpt kumpul points, kumpul free gifts comel2 & promosi pun kdg2 berpatutan.  👍 Tapi bila Drypers buat pembaharuan, Aminah melecet bila pakai. Sejak tu, mula la Ijah mencari brand baharu yg mempunyai ciri tahan bocor sebab Aminah kuat minum, jadinya kuantiti kencing dia pun banyak.  😅 Macam-macam brand cuba. Paling best Huggies Ultra pek hijau, memang awesome  sepadan dengan harganya.  ✅ Dek kurang mampu kena la cari brand lain. Tersangkut plak dengan Tesco Baby. Tapi masa berpantang dengan Ziyadh, bertukar pula kepada Whoopee. Haa jauh perjalanannya.  😆 Baru-baru ni plak malas nak ke Giant, masuk Speedmart aje. Nak belikan pampers  untuk Ziyadh. Entah kenapa terasa n...

Tips Penjagaan Tudung Bawal

Salam semua. Apa khabar? Kali ini Ijah nak kongsi beberapa tips penjagaan bagi tudung bawal, khususnya buat cik bawal #safieyah yg memberikan seri kembali remaja ni ;) . . ✔  Amalkan basuhan tangan. Rendam seketika   tudung , kemudian gosok lembut dan bilas. ✔  Elak guna pelembut kain (softener) sebab material  # safieyah  dah cukup lembut. Ini juga dapat memastikan awning tidak jadi lembik. ✔  Kibas  tudung  sebelum digantung di jemuran untuk mengurangkan kadar kedutan. ✔  Jemur di kawasan yg redup supaya warna lambat luntur dan kualiti fabrik boleh tahan lama. ✔  Gosok  tudung  pada suhu yg rendah dan sebolehnya elakkan menggosok bahagian awning. . Dapat sesuatu? Moga perkongsian Ijah ini bermanfaat untuk awak.  😉 . # tudunglabuhmagik # teamTLM # heejabscarf # dropshipwanted # miniagentwanted

Tips Balik Kampung!

Salam. Haa mesti dah berduyun-duyun yg balik ke kampung kan. Tapi tak terlewat kan untuk Ijah kongsi beberapa tips balik kampung. Masih boleh dijadikan panduan untuk masa akan datang ;) 1. Cabut setiap plug elektrik daripada soket. Nak lebih mudah, matikan sahaja suis utama elektrik. 2. Cabut dan tutup kepala tong gas. 3. Tutup mangkuk tandas untuk mengelakkan nyamuk bertelur (terutama nyamuk Aedes) atau kehadiran haiwan berbahaya. 4. Buang sampah dan sisa makanan supaya haiwan dan serangga perosak tidak berpesta sakan sewaktu ketiadaan awak di rumah. 5. Pastikan kereta telah diservis dan diperiksa sebelum memulakan perjalanan. 6. Himpunkan beg dan segala kelengkapan di satu tempat sebelum dimasukkan ke dalam kereta supaya tidak ada keperluan yg tertinggal. 7. Sediakan bekal kudapan dan air secukupnya terutama untuk abam driver. 8. Kira kepala penumpang di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan supaya tidak ada yg tertinggal. 9. Berehat apabila perlu dan berhema...

Puding Gula Hangus

Puding gula hangus atau puding karamel merupakan antara pencuci mulut kegemaran Ijah. Senang dibuat dan sedap dimakan! Bahan yang diperlukan pun sedikit sahaja. Ini resepi yg Ijah belajar sejak zaman sekolah lagi. Jom tengok. Resepi Puding Gula Hangus Bahan-bahan: 5 biji telur gred B 1 tin susu krimer/susu cair Gula Esen vanilla Cara-cara: 1. Pukul telur dan 5 sudu besar gula sampai sebati. 2. Masukkan 1 tin susu krimer/susu cair dan 1 sudu kecil esen vanilla ke dalam adunan. Pukul hingga sebati buat beberapa minit. 3. Cairkan 5 sudu besar gula dalam loyang sehingga coklat kekuningan (boleh kurangkan gula jika tak suka manis). 4. Tuang adunan tadi ke atas gula yg telah cair. 5. Kukus dalam 30-40 minit (bergantung pada jenis pengukus yg digunakan). Puding gula hangus ni lagi sedap bila dihidang sejuk tau. Dah siap kukus tu, bolehlah simpan sekejap dalam peti ais. Selamat mencuba ;)

Kenapa parcel Pos Laju lambat sampai?

Info ini Ijah dpt drpd en suami yg merupakan staff Pos Malaysia. Sekadar berkongsi utk membantu pembeli dan penjual faham kenapa kadangkala parcel Pos Laju lambat diterima. 😉 . Standard proses pengeposan Pos Laju mengambil masa 1-2 hari bekerja sahaja. Tetapi isu parcel lambat diproses atau diterima akan berlaku SEBAB: . 1. Kekurangan staff (sesetengah Pos Laju mempunyai bilangan staff yg kecil, bergantung pada kawasan atau daerah) 2. Lambakan parcel (terutama pada musim cuti perayaan) 3. Parcel terlepas ke transit lain . Jika parcel terlalu lambat diterima, pembeli boleh menghubungi Pos Laju untuk bertanya atau membuat aduan. . Bagi pihak penjual pula boleh semak tarikh akhir parcel boleh diposkan untuk diterima oleh pembeli sebelum cuti perayaan. Contoh utk parcel diterima sebelum cuti Hari Raya adalah pada 9 Jun 2018. . Moga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa ucapkan terima kasih kpd abam baju merah, kadangkala mereka perlu bekerja lebih masa utk memastikan parcel ...

Penangan Samarinda Nur, Heejab Scarf Kini Viral!

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk 18 Ramadhan hari ni. Dan sukacita Ijah nak beritahu tudung koleksi #heejabscarf kini dah viral sebagai #tudungNur, setelah menaja tudung yg dipakai oleh Norkhiriah dalam drama Samarinda tv3 iaitu Nur. Alhamdulillah, rezeki utk #heejabscarf terus maju sebagai antara peneraju tudung labuh di Malaysia. Juga rezeki untuk team #heejabscarf untuk meraih pendapatan dengan menjual tudung patuh syariah yg selesa dan cantik dipakai oleh semua wanita. Jalan cerita drama #Nur juga banyak menusuk kalbu. Skripnya mantop, tepat dengan sikap manusia yg suka menghukum dan sentiasa menganggap diri lebih baik. Sedangkan pelacur yg memberi makan kepada kucing diangkat darjatnya masuk ke syurga, kita yg setiap hari menunaikan solat 5 waktu belum tentu nasib di akhirat macam mana. Alhamdulillah, banyak pengajaran dan iktibar yg boleh diambil daripada drama ini. Haa alang-alang jom cuci mata tengok antara koleksi #heejabscarf yg dipakai oleh Norkhiriah da...