Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Perkembangan Seks Kanak-kanak

CC by https://pixabay.com/en/children-boy-girl-line-drawings-34124/ Assalamualaikum.. Entri kali ini adalah perkongsian tentang perkembangan seks kanak-kanak untuk pengetahuan ibu bapa. Saya bukan ingin mengulas tentang apa itu pendidikan seks, sebaliknya ingin menekankan bahawa kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak agar menjaga bahagian peribadi (private parts) mereka, dan pada masa yang sama menghormati bahagian peribadi orang di sekeliling mereka. Sebagai ibu muda dan hanya mempunyai seorang anak pada waktu ini, saya pun masih kekurangan ilmu keibu bapaan. Justeru, dengan wujudnya perkongsian ini dapatlah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan kisah tentang kerenah anak masing-masing. Saya ulang-alik ke tempat kerja bersama kakak dan anak-anaknya (2 lelaki, seorang perempuan). Sejak kebelakangan ini, saya perasan anak lelakinya yang berusia 5 tahun seringkali ingin bermanja dengan saya dan seakan-akan cemburu apabila melihat saya melayan anak saya. Ta...

Kanser dan Wanita

CC by https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Pink_ribbon.svg Assalamualaikum..Salam Ramadhan..Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kita diberikan nikmat untuk berpuasa pada tahun ini..Dah lama juga saya tak berpeluang untuk menulis di blog ini..sibuk kejar urusan kerja & macam2 perkara tak diduga berlaku dalam tempoh sebulan ini. Logo gambar di atas semua kenal kan? KANSER..bukan perkara baru pun. Selalu sangat kita dengar di kaca TV dan sesama rakan-rakan. Kawan pernah bercerita ibunya menghidap kanser payudara, sebelum tu sepupu saya pun disahkan menghidap kenser yang sama dan isu dia enggan berjumpa dengan sanak saudara sering diperbualkan oleh kakak-kakak saya. Namun, kisah-kisah ini saya tidak nafikan hanya sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ya, itulah hakikat diri kita apabila kisah-kisah ini hanya berlaku pada orang sekeliling yang kurang rapat/kurang kita kenal. Konon ambil kisah tetapi hakikatnya..wallahualam. Tetapi baru-baru ini saya di...