Assalamualaikum & salam sejahtera, Saya kini sedang menjalankan kajian tentang aspek psikologi ibu bekerja di Malaysia. Mohon puan dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik ini: https://forms.gle/7UBHVt9JFjNL69ri8 Masa yang diluangkan sangat dihargai. Terima kasih sekalung budi.
Akhir-akhir ini banyak yang berkongsi pernikahan terpaksa diakhiri dengan talaq atas desakan keluarga yang tidak menyukai pasangan dan isteri rela diceraikan sebab tak nak suami "derhaka" kepada orang tua. Ketahuilah anak-anak tidak wajib taat kepada orang tua sekiranya perkara yang disuruh tersebut membawa kepada murka Allah. Berusahalah untuk pertahankan rumah tangga anda selagi boleh. Jangan pernah berhenti berdoa semoga Allah lembutkan hati orang tua untuk menerima pasangan kita. Santunilah kedua orang tua sedaya yang anda mampu. Kerana mentaati dan berbuat baik kepada orang tua masih menjadi kewajipan seorang anak. Dan talaq adalah pilihan terakhir seandainya anda benar-benar sudah tiada kekuatan untuk terus mempertahankan anak-anak serta isteri. Bacaan lebih lanjut boleh rujuk di sini⤵️ https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3194-al-kafi-1148-wajibkah-cerai-isteri-ikut-kehendak-ibu #hidupiniujian #AllahJagaKita