Ijah masa kecil dulu boleh dikatakan seorang lone ranger jugalah. Lagi-lagi bila abang, kakak dah masuk asrama. Bosan sorang-sorang di rumah, kaki laju je merayap pergi taman, masuk bendang (siap ada pak cik tegur suruh balik sebab baru jumpa ular sawa kat situ 😅), kayuh basikal masuk kampung orang. Erk macam-macam lagilah. Masa tu ada pondok-pondok orang mengaji kitab dekat rumah. Kadang-kadang sambil kutip biji saga atau biji getah, Ijah selamba lepak di pondok tumpang belek buku-buku yg ada. Eh kadang-kadang tak malu. Orang jemput masuk pondok minum air Ijah terima dengan pantasnya, siap main dengan anak-anak tuan pondok lagi 😁 Bila penghuni pondok berpindah, Ijah mula kehilangan kawan. Kebetulan pula sekolah baru sahaja memperkenalkan program Nilam. Dengar aje ada hadiah, semangat kerajinan terus menggunung tinggi 😆 Maka, perpustakaan sekolah mula jadi tempat melepak baru Ijah tiap kali ada masa terluang. Kalau tak baca buku di situ, Ijah akan pinjam bawa balik ke rumah...
Selamat Datang!